Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 8 SE? Peranti Terbaru Dari Xiaomi Dengan Cip Snapdragon 710 Dan Dwi-Kamera AI

Xiaomi Mi 8 SE? Peranti Terbaru Dari Xiaomi Dengan Cip Snapdragon 710 Dan Dwi-Kamera AI

Diterbitkan Mei 30, 2018 ยท Dikemas kini Mei 30, 2018 oleh Wiser MY

Xiaomi sedang menunggu tarikh 31 May untuk melancarkan telefon pintar kelas utama mereka untuk tahun ini, Mi 8 di China. Mengiringi peranti tersebut adalah sistem operasi mereka MIUI 10 dan juga perkakasan Mi Band 3.

Namun ada laporan mengatakan yang Xiaomi juga akan melancarkan satu lagi telefon pintar yang dipanggil Mi 8 SE. Ini kerana terdapat imej menampilkan pelekat yang selalu digunakan untuk menutup skrin paparan peranti.

Xiaomi Mi 8 SE? Peranti Terbaru Dari Xiaomi Dengan Cip Snapdragon 710 Dan Dwi-Kamera AI

Terlihat di pelekat tersebut spesifikasi yang bakal mengiringi peranti tersebut terutamanya cip pemprosesan Snapdragon 710 yang terbaru. Jika benar, ini merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemprosesan tersebut.

Cip Snapdragon 710 merupakan cip yang dijenamakan semula dari cip Snapdragon 670. Untuk bahagian kamera pula, Mi 8 SE dikhabarkan akan menggunakan tetapan dwi-kamera dengan saiz piksel 1.4 um dan kebolehan AI.

Peranti ini juga dikatakan akan mengikut rekaan takuk jika dilihat di bahagian atas pelekat. Tidak dinyatakan lagi berapa harga jualan yang akan diletakkan untuk peranti Xiaomi Mi 8 SE ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY