Butiran lain mengenai peranti utama Xiaomi untuk tahun ini tidak banyak diketahui selain dari panel OLED yang bakal digunakan oleh peranti tersebut. Dengan kebanyakkan peranti dari pengeluar China mula mengikut jejak Apple menambah takuk ke dalam peranti masing-masing, ramai menjangkakan Xiaomi juga tidak terkecuali untuk berbuat demikian.
Menurut XDA Developer, pelancaran Mi 7 dilambatkan adalah untuk menambah beberapa sensor dan mungkin rupa keseluruhan peranti. Mereka juga mempunyai bukti kukuh yang peranti tersebut mempunyai notch hasil dari fail firmware yang tertiris.
Paparan
Kod pengaturcaraan MIUI yang tertitis mendedahkan yang ia menyokong fungsi peranti yang mempunyai takuk. Kod tersebut menerangkan fungsi melibatkan perubahan ketinggian palang dan kebolehan untuk mengubah indikator bateri.
Kamera InfraRed
Kod di atas menerangkan pula fungsi yang terdapat di dalam MIUI Keyguard app yang bertanggungjawab dalam sistem nyahkunci peranti. Terdapat satu fungsi baru yang dipanggil openIRCamera yang selalu digunakan dalam fungsi MIUI Face Unlock yang digunakan oleh peranti Xiaomi seperti Redmi 4X. Jadi besar kemungkinan perkakasan kamera InfraRed akan digunakan oleh peranti flagship Xiaomi seterusnya.
Berkaitan
- Vivo Adakan Kempen Hari Raya, Boleh Menang Hadiah Bernilai RM7,374
- Hasil Gambar Poco X3 vs Realme 7, Yang Mana Sedap Dipandang?
- RSG MY Benam TODAK Dalam Pusingan Akhir MPL Malaysia Musim Ke-7
- AR Emoji Tidak Diinspirasikan Oleh Animoji Apple, Samsung
- Semua Lawak Google Untuk Hari April Fool 2017
- AMD Threadripper 2 2970WX Sudah Boleh Mula Didapati Di Negara Ini Dengan Harga Jualan Bermula Dari RM 2749
- Ini 6 Watak/Hero Dota 2 Dan Mobile Legends Yang Mirip Satu Sama Lain
- Beli TV OLED LG Di Jualan 7.7 Dapat Jimat Sehingga RM4,000
- Khabar Angin Galaxy S9 Yang Akan Meniru iPhone X Sudah Kedengaran
- Pra-Tempah Microsoft Surface Laptop 4 Untuk Pasaran Malaysia Dibuka Hari Ini