Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 6X (Mi A2) Dengan Android One Bakal Diperkenalkan Di China Hari Ini

Xiaomi Mi 6X (Mi A2) Dengan Android One Bakal Diperkenalkan Di China Hari Ini

Diterbitkan April 25, 2018 oleh Haikel Areff

Pengeluar peranti telefon pintar yang terkenal dengan harga mampu milik, Xiaomi akan melancarkan peranti terbaru mereka, Xiaomi Mi 6X di Wuhan,China pada hari ini, lapor BGR India. Peranti ini dijangka akan diperkenalkan kembali dengan sistem operasi Android One sebagai Xiaomi Mi A2 bagi pasaran global.

Xiaomi Mi 6X (Mi A2) Dengan Android One Bakal Diperkenalkan Di China Hari Ini

Peranti ini dijangka akan menjadi peranti kedua keluaran Xiaomi yang menggunakan sistem operasi Android asli Android One langsung dari Google. Sebelum ini, peranti Xiaomi Mi 5X yang telah dilancarkan semula sebagai Xiaomi Mi A1, menjadi peranti pertama Xiaomi yang menggunakan sistem operasi tersebut. Penggunaan Android One ini dijangka akan memberikan pengalaman penggunaan telefon pintar yang lebih lancar dan pantas.

Xiaomi Mi 6X ini akan menggunapakai reka bentuk yang diinspirasikan daripada peranti Redmi Note 5 yang memiliki saiz 5.99 inci dan memaparkan paparan pada resolusi definisi tinggi penuh ultra dengan nisbah skrin 18:9. Peranti ini akan disokong oleh cip pemprosesan terbaik bagi peranti kelas pertengahan iaitu Snapdragon 660 dari Qualcomm.

Xiaomi Mi 6X (Mi A2) Dengan Android One Bakal Diperkenalkan Di China Hari Ini

Peranti yang akan beroperasi menggunakan sistem Android 8.1 Oreo asli tanpa MIUI ini dijangka akan hadir dengan variasi 4GB RAM + 32GB dan 64GB serta 6GB dengan 64GB memori simpanan. Harga jualan bagi pasaran China diberitakan akan sekitar RMB 1,799 (~RM 1114) untuk variasi 4GB dan RMB 1,999 (~RM1,237) bagi pilihan model 6GB.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY