Xiaomi mempunyai peranti Mi A1 yang berada di bawah program Android One yang membolehkan peranti itu menggunakan hampir sepenuhnya sistem operasi Android yang asli dan hasilnya sangat memberangsangkan dari sudut pengguna.

Imej yang tertiris di TENAA menggambarkan rekaan luar yang dikemaskini dengan nisbah skrin 18:9. Telefon pintar ini dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 626 yang mengandungi 8 teras dengan kelajuan jam dikunci pada 2.2 GHz.

Dengan berpandunkan gambar diatas, Mi 6X mungkin akan menggunakan ruang RAM sebesar 4GB dan ruang ROM sebesar 64GB. Untuk bahagian kamera pula, peranti ini dikatakan akan menggunakan tetapan dwi-kamera (20MP + 8MP) dengan bukaan lensa f/2.0 dan f/1.8.
Kapasiti bateri memaparkan peranti ini menggunakan kapasiti 2, 910 mAh di mana untuk tahun 2018 ia merupakan nilai yang sedikit. Tetapi untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi asli Android, ia merupakan kapasiti yang cukup memadai.
Mi 6X atau Mi A2 akan datang dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo terus dari dalam kotak.
Berkaitan
- Imej Xiaomi Mi 6X Muncul Dengan 2 Pilihan Warna Setakat Ini
- #GMW - Pemenang Giveaway Mingguan Wiser (24 Mei - 28 Mei 2021)
- #GMW - Pemenang Giveaway Mingguan Wiser (31 Mei - 4 Jun 2021)
- Raja Kelas Pertengahan, Redmi Note 9 Pro Adalah Peranti RM1,000 Paling Berbaloi
- Asus ZenFone Max Plus Muncul Di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan
- Pengalaman 'Gaming' Pada ASUS ROG Phone 3 Dengan Paparan 144Hz
- Tarikh Rasmi iPhone 8, 8 Plus Dijual Di Malaysia
- HUAWEI Nova 2 Lite Untuk Pengguna Aktif Media Sosial Dengan Fungsi Dwi-Kamera Pada Harga Mampu Milik
- Xiaomi Mi Mix 2 Dan Redmi Pro 2 Disahkan Akan Keluar: Butiran Terbaru Mengenai Peranti Tersebut
- NZXT Melancarkan BLD, Memudahkan Pengguna Membina PC Gaming Mereka