Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 11 Rasmi Dilancarkan – Snapdragon 888, 108MP Kamera, Skrin 2K AMOLED

Xiaomi Mi 11 Pro Dijangka Akan Dilancarkan Pada Februari 2021

Diterbitkan Disember 29, 2020 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Xiaomi secara rasmi telah pun melancarkan Mi 11. Peranti ini hadir bersama sejumlah spesifikasi terbaik dengan harga bermula dari 3999 yuan (~RM2480) sehingga 4699 yuan (~RM2914). Antaranya termasuk janaan cip Snapdragon 888, sensor kamera 108MP, skrin AMOLED dengan resolusi 2K dan kadar segar semula semula 120Hz.

Bagaimanapun, tidak seperti sebelumnya, Xiaomi hanya memperkenalkan versi asas Mi 11 dalam acara yang berlangsung semalam dan tiada versi Pro yang diumumkan.

pelancaran Mi 11 Pro

Terbaru, Digital Chat Station menyatakan hanya versi asas Mi 11 yang dilancarkan sebelum Tahun Baru Cina. Manakala, Mi 11 Pro dijangka hanya akan diumumkan selepas Tahun Baru Cina (12 Februari 2021).

Terdahulu, selain Mi 11, Xiaomi turut melancarkan sistem operasi baharu MIUI 12.5. Sistem operasi ini hadir dengan sejumlah ciri dan fungsi baharu. Antaranya termasuk Super Wallpaper baharu, MIUI+, fungsi baharu pada aplikasi Notes, fokus pada privasi, peningkatan prestasi dan lain-lain.

Sumber: Weibo via IT Home

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY