Xiaomi Umum MIUI 12.5 - Ini Senarai Fungsi Dan Ciri Terbaharu

Xiaomi Mi 11 yang dilancarkan malam tadi hadir dengan versi perisian terbaharu iaitu MIUI 12.5. Bersama MIUI 12.5, ia membawakan antara muka lebih kemas, animasi baharu dan beberapa fungsi dan ciri terbaharu.

Super Wallpaper Baharu


MIUI 12 telah memperkenalkan antara live wallpaper paling menarik dengan membawakan gambar dari Marikh, Zuhal, dan juga Bumi. MIUI 12.5 kini menambah lagi 2 jenis live wallpaper iaitu Snow Mountain dan Geometry.


Bunyi Berlatarkan Alam Semula Jadi Baharu


MIUI 12 sebelum ini telah memperkenalkan pek bunyi yang berasaskan alam sekitar. Ia membolehkan pengguna menetapkan bunyi-bunyi tersebut untuk notifikasi dan juga nada dering telefon pintar.

MIUI 12.5 turut menambah pek bunyi dari Amazon, Australia, Artic, dan juga Africa untuk memenuhi citarasa pengguna.


MIUI+


MIUI+ merupakan ciri untuk mengintegrasikan telefon Android kepada Windows. Ia seperti aplikasi Your Phone Microsoft namun untuk telefon Xiaomi.



Anda boleh melihat notifikasi telefon pada komputer, menjalankan aplikasi telefon kepada komputer, salin dan tampal dari telefon ke komputer, akses pantas terhadap fail dalam telefon, dan pelbagai lagi.



Buat masa ini MIUI+ hanya disokong untuk beberapa telefon pintar sahaja:

  • Mi 10 Ultra

  • Mi 10 Pro

  • Mi 10

  • Mi 9 Pro 5G

  • Mi 9

  • Redmi K30 Ultra

  • Redmi K20 Pro

  • Redmi K30 Pro


Xiaomi turut menyarankan MIUI+ digunakan pada komputer riba mereka :

  • Mi Notebook Pro 15 Enhanced Edition

  • Mi Notebook Pro 15.6″ 2020

  • Redmi G gaming notebook

  • RedmiBook 16

  • RedmiBook 14 II

  • RedmiBook Air 13


Aplikasi Notes


Aplikasi Notes pada MIUI 12.5 juga diberikan perhatian dengan menyertakan ikon baharu dan beberapa fungsi lain.



Pengguna boleh mencipta peta minda dengan hanya satu klik, melukis, dan banyak lagi.


Fokus Pada Privasi


Xiaomi turut memberikan fokus terhadap bagaimana mereka mengendalikan privasi.

Apabila aplikasi cuba untuk mengakses data, MIUI 12.5 akan memberikan pilihan sama ada untuk membenarkan akses, menolak akses data secara automatik setelah beberapa lama, ataupun sentiasa menolak akses sepenuhnya.



Pengguna juga mempunyai pilihan untuk memilih menggunakan peta secara kasar berbanding secara tepat. Selain menjaga privasi pengguna, ada ketikanya aplikasi tidak memerlukan akses peta yang tepat menjadikan tetapan ini berguna dalam pengendalian privasi.



Aplikasi Browser juga menerima kebolehan untuk menyekat muat turun secara aumatik dari laman yang berniat jahat.

Peningkatan Prestasi


Xiaomi mendakwa MIUI 12.5 membawakan penurunan penggunaan memori sehingga 20% dan kurang menggunakan tenaga sehingga 17%. Super Walllpaper juga lebih menjimatkan tenaga sehingga 40%.

Mungkin jangka hayat telefon akan lebih tahan lama jika melihat kepada peningkatan prestasi yang diberikan pada MIUI 12.5.

Telefon Xiaomi Yang Menyokong MIUI 12.5


Melalui laman Mi Community, pengguna Xiaomi akan mula menerima MIUI 12.5 stabil bermula April 2021. Versi Beta umum pula akan mula dilepaskan sekitar pertengahan Januari hingga hujung bulan itu.

Senarai telefon Xiaomi yang menyokong MIUI 12.5:

  • Mi 10

  • Mi 10 Pro

  • Mi 9

  • Mi 9 SE

  • Redmi K20 / Mi 9T

  • Redmi K20 Pro / Mi 9T Pro

  • Mi CC9e

  • Redmi Note 7 / Redmi Note 7S

  • Redmi Note 7 Pro

  • Redmi K30 Pro / POCO F2 Pro

  • Redmi K30 5G

  • Mi 10 Youth Edition / Mi 10 Lite Zoom

  • Redmi K30 4G / POCO X2

  • Mi CC9 Pro / Mi Note 10

  • Redmi K30S / Mi 10T

  • Mi 10 Ultra

  • Redmi K30 Ultra

  • Redmi 10X

  • Redmi 10X Pro

  • Redi Note 9 5G

  • Redmi K30i 5G

  • Mi 9 Pro 5G

  • Mi CC9 / Mi 9 Lite

  • Mi CC9 Meitu Edition

  • Redmi Note 9 Pro 5G / Mi 10T Lite

  • Redmi Note 8 Pro

  • Redmi Note 8

  • Redmi Note 9 4G / Redmi 9T / Redmi 9 Power


Buat pengguna di Malaysia, seperti biasa anda harus menunggu sedikit lebih lama kerana MIUI 12.5 ini akan dilepaskan untuk pengguna China terlebih dahulu.

 







 

 

Berkaitan