Xiaomi Mi 10T Dan Mi 10T Pro Akan Diperkenal Secara Rasmi Pada 30 September

Xiaomi kini mengesahkan pelancaran global 2 buah model terbaharu dalam barisan siri Mi 10 iaitu Mi 10T dan Mi 10T Pro akan diadakan pada 30 September ini.



Terdahulu, spekulasi mengatakan Mi 10T Pro akan dijana cip pemprosesan Snapdragon 865, menawarkan kadar segar semula 144Hz, tetapan tri-kamera 108MP dan kapasiti bateri 5000mAh.

Perbezaan utama Mi 10T dan Mi 10T Pro terletak pada konfigurasi kamera belakang. Pada Mi 10T, akan terdapat tiga tetapan kamera dengan 64MP utama, 20MP sudut lebar, dan 12MP telefoto.

Terdapat juga khabar angin bahawa kemungkinan Mi 10T Lite juga akan diperkenalkan dalam acara tersebut. Namun, tiada pengesahan mengenai model ketiga tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Mi 10T dan Mi 10T Pro, nantikan pelancaran pada 30 September 2020.

Sumber: Android Authority