Di Malaysia, Xiaomi Mi 10 dijual dalam 2 konfigurasi memori 8GB/128GB (RM2,799) dan 8GB/256GB (RM 2,999). Untuk Mi 10, 2 pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Twilight Grey dan Coral Green.
Manakala Xiaomi Mi 10 Pro pula hanya terdapat dalam satu konfigurasi memori iaitu 8GB/256GB pada harga RM 3,899. Untuk warna pula terdapat 2 pilihan yang boleh dipilih sama ada Solstice Grey atau Alpine White.
Dari segi perbezaan spesifikasi antara Mi 10 dan Mi 10 Pro, model Pro menawarkan perkakas kamera lebih tinggi dengan 108MP utama (lensa 8P), 20MP sudut lebar, 12MP telefoto, dan 8MP telefoto 10x zum hibrid. Kamera Mi 10 pula masih juga mempunyai sensor utama yang sama 108MP namun lensa lain sedikit berbeza.
Ia mempunyai 13MP sudut lebar, 2MP depth, dan 2MP makro. Bateri juga berbeza di mana Mi 10 Pro berkapasiti 4,500mAh dan Mi 10 pula 4,780mAh . Mi 10 Pro juga mempunyai teknologi pengecasan yang lebih pantas pada 50W berwayar.
Lain-lain spesifikasi adalah sama dengan skrin bersaiz 6.67 inci AMOLED Full HD 90Hz, Snapdragon 865, swafoto 20MP dan RAM LPDDR5.
Pihak Xiaomi Malaysia akan mengadakan promosi pra-tempahan untuk kedua-dua model ini di Lazada. Bermula hari ini (22 April) sehingga 30 April , setiap pembelian model Mi 10 akan menerima percuma Mi Band 4. Untuk Mi 10 Pro pula, pembeli akan menerima fon telinga Mi True Wireless Earphones secara percuma.
Berkaitan
- Xiaomi Mi A3 Akan Terima Kemaskini Android 10 Pertengahan Februari Ini
- Galaxy S21: Mampukah Cip Exynos 2100 Kembalikan Semula Reputasi Cemerlang Telefon Premium Samsung?
- Kesemua Produk Ekosistem Xiaomi Yang Turut Dijual Secara Rasmi Di Malaysia
- Galax Malaysia Adakan Promosi Jualan RTX 2060 Hanya RM99 Sahaja 16 September Ini
- Samsung Lancarkan 980 Pro, SSD NVMe Berasaskan PCIe 4.0 Dengan Kelajuan Baca Sehingga 7000MB/s
- Telefon Boleh Lipat Dari Xiaomi Belum Lagi Boleh Diperkenalkan Pada Tahun Ini
- Industri Telefon Pintar Sasarkan Pengecasan Tanpa Wayar Selaju 100W Bermula Tahun Hadapan
- Cara Membeli Produk Apple Dengan Harga 'Pelajar' Yang Lebih Rendah
- Redmi Watch Diperkenalkan - Skrin 1.4 Inci Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 12 Hari
- Huawei Nova 7i Terima Harga Rasmi Baharu RM899, Huawei Nova 7 SE Pula Pada RM1,299