Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Menang Kes Mahkamah Berhubung Sekatan Pelaburan Amerika Syarikat

Xiaomi Menang Kes Mahkamah Berhubung Sekatan Pelaburan Amerika Syarikat

Diterbitkan Mac 15, 2021 oleh Amalina Athman

Pada pertengahan Januari lalu, Xiaomi telah disenarai hitam dari pelaburan oleh Amerika Syarikat. Alasan yang diberikan adalah syarikat itu didakwa terlibat dengan ketenteraan komunis China.

Bagaimanapun, Xiaomi telah memfailkan saman bagi mencabar sekatan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada akhir Januari.

Terbaru, Xiaomi telah mengeluarkan kenyataan berhubung kes tersebut, di mana mahkamah telah memberikan perintah awal bagi pelepasan injunksi dan menghapuskan larangan pelaburan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap Xiaomi dengan serta-merta.

Xiaomi menang

Xiaomi turut menegaskan bahawa mereka adalah syarikat awam yang dikendalikan secara bebas dengan menawarkan produk elektronik kepada pengguna.

Dengan itu, Xiaomi menyatakan akan terus membuat permohonan di mahkamah bagi membuktikan mereka bukan Syarikat Tentera Cina Komunis (CCMC) dan seterusnya dapat menghapuskan sekatan yang dikenakan secara kekal.

Terdahulu, laporan turut mendakwa sekatan tersebut adalah disebabkan anugerah yang diterima oleh pengasas Xiaomi.

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY