Xiaomi Kini Disenarai Hitam Amerika, Didakwa Terlibat Dengan Ketenteraan Komunis China

Pentadbiran Trump kini telah menambah 9 lagi syarikat China termasuk Xiaomi untuk disekat berdagang dengan syarikat Amerika.

Alasan sekatan tersebut sudah adalah dikatakan Xiaomi dan 8 lagi syarikat lain itu terlibat dengan ketenteraan komunis China yang beroperasi langsung atau secara tidak langsung di Amerika.

Seperti yang dilaporkan oleh Reuters, jika ada pelabur Amerika yang melabur dalam senarai syarikat yang disekat ini, mereka perlu melupuskan pegangan pelaburan mereka sebelum 11 November 2021.

Ini adalah disebabkan arahan oleh Trump pada November 2020 yang mengharamkan rakyat Amerika untuk melabur pada mana-mana syarikat yang disekat bermula 11 November 2021.

Senarai ini walau bagaimanapun berbeza dengan senarai entiti Huawei yang langsung tidak boleh berurus niaga antara satu sama lain. Namun. hanyalah sekadar menghalang pelaburan sahaja

Jika mengikut akta yang ditetapkan oleh Amerika, syarikat Xiaomi tidak boleh membeli dan mendapatkan servis dari syarikat Amerika.

Apa kesannya terhadap Xiaomi?

Situasi ini sedikit berbeza dengan syarikat seperti Huawei dan ZTE. Kedua-dua syarikat ini mempunyai negara China yang menjadi tulang belakang menyokong dan menyalurkan duit, tetapi untuk Xiaomi, mereka merupakan syarikat yang banyak bergantung kepada sumber global.

Buat masa ini, Xiaomi belum lagi membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Selain Xiaomi, syarikat besar lain seperti Cnooc (minyak), Comac (kapal terbang) turut terlibat dalam senarai sekatan yang sama.

Sebelum ini, DJI dan SMIC juga telah disekat dari berurus niaga dengan Amerika Syarikat.

Sumber: Reuters