Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi amerika syarikat

Xiaomi Disenarai Hitam Amerika Syarikat Kerana Anugerah Yang Diterima Oleh Pengasas – WSJ

Diterbitkan Mac 8, 2021 ยท Dikemas kini Mac 8, 2021 oleh Amalina Athman

Pada pertengahan Januari, Xiaomi telah disenarai hitam dari pelaburan oleh Amerika Syarikat. Alasan sekatan tersebut dikatakan berikutan Xiaomi terlibat dengan ketenteraan komunis China yang beroperasi langsung atau secara tidak langsung di Amerika.

Bagaimanapun, pihak Xiaomi telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan dakwaan mereka adalah syarikat dimiliki oleh ketenteraan China, dan bukan juga dikawal oleh tentera China.

Kini, laporan terbaru mendakwa sekatan tersebut adalah berikutan anugerah yang diterima oleh pengasas Xiaomi. Lei Jun yang juga merupakan CEO Xiaomi telah menerima anugerah bagi “Outstanding Builder of Socialism with Chinese Characteristics” daripada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China pada tahun 2019.

Anugerah yang diterima daripada agensi kerajaan China yang mengawal dasar teknologi dan perindustrian negara itu serta ditambah pula perancangan pelaburan Xiaomi untuk teknologi lebih canggih seperti 5G dan kecerdasan buatan (AI), membuatkan kerajaan A.S mengambil langkah untuk melakukan sekatan perdagangan ke atas syarikat terrsebut.

Berikutan itu juga, Xiaomi telah pun memfailkan saman bagi mencabar sekatan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Sumber: The Wall Street Journal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY