Xiaomi Memperkenalkan Model Hijau Zamrud Bagi Peranti Mi Mix 2S

Xiaomi Mi Mix 2S telah diperkenalkan buat kali pertama pada bulan Mac yang lalu dengan dua variasi warna iaitu hitam dan putih. Namun, baru-baru ini Xiaomi telah melancarkan edisi terhad bagi peranti tersebut yang hadir dengan warna hijau zamrud.



Mengambil inspirasi daripada lukisan Dunhuang Murals yang diukir pada kuil gua Magao yang terletak di Gansu, China. Edisi ini hadir dengan dua variasi iaitu Jade Art Gift Box Edition serta satu lagi variasi yang hadir dengan kotak yang sama seperti Mi Mix 2S biasa.

Apa yang agak pelik, sama ada kotak biasa atau Jade Art Gift Box Edition, ianya dijual pada harga yang sama iaitu ¥ 3,999(~RM 2,379). Selain itu, edisi khas ini juga hadir dengan memori sebesar 8GB RAM dan ruang simpanan dalam pada 256GB.



Manakala spesifikasi lain seperti penggunaan cip Snapdragon 845 dan bateri berkapasiti 3,400 mAh adalah sama seperti edisi yang diperkenalkan sebelum ini. Bagaimanapun, ia hanya dijual secara terhad di pasaran China sahaja dan mungkin tidak akan dibawa ke pasaran lain secara rasmi.

Kredit Gambar : KKJ.CN

 

Sumber