Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Beta Bagi Mod Zombi PUBG Mobile Kini Tersedia

Mod Zombi Dilaporkan Bakal Hadir Ke PUBG Mobile Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan Februari 15, 2019 · Dikemas kini Februari 15, 2019 oleh Haikel Areff

Peminat PUBG Mobile sudah digembar-gemburkan dengan mod zombi pada permainan kegemaran mereka sejak beberapa minggu yang lalu.

Namun sehingga kini, ia masih lagi belum tersedia untuk dimainkan. Penantian tersebut dijangka akan berakhir tidak lama lagi.

Kemaskini terbaru PUBG Mobile 0.11.0 dengan mod tersebut pada mulanya dilaporkan bakal tersedia pada minggu hadapan iaitu di antara tarikh 16 Feb – 20 Feb, namun laporan menyatakan ia berkemungkinan besar akan tersedia pada 19 Februari ini.

Ia berdasarkan satu tirisan yang dibuat oleh pertiris bersiri PUBG Mobile, Mr. Ghost Gaming. Menurut beliau, pelayan PUBG Mobile akan menjalani penyelenggaraan berkala pada 18 Februari nanti.

Selain daripada berperang dengan zombi, antara pembaharuan baharu yang akan dibawa masuk kali ini ialah:

  • Kenderaan Tukshai untuk peta Sanhok
  • Beberapa kawasan Erangel akan dilitupi salji
  • Cuaca dinamik di peta Miramar dan Erangel
  • “Death cam” yang mengulang tayang cara anda mati
  • Suara sistem lama kembali
  • Peta salji Vikendi tidak lagi beta

Walaubagaimanapun, tiada maklumat mengenai saiz muat turun bagi kemaskini tersebut berjaya diperolehi ketika ini.

 

Sumber: Gadgets360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY