Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambar Ini Buat Netizen Kata Ia Adalah ‘Fake’, Ini Penjelasan Dari Pemilik Gambar Sebenar

Gambar Ini Buat Netizen Kata Ia Adalah ‘Fake’, Ini Penjelasan Dari Pemilik Gambar Sebenar

Diterbitkan Mei 10, 2019 · Dikemas kini Mei 10, 2019 oleh Haikel Areff

Baru-baru ini tersebar satu gambar yang menunjukkan pemandangan waktu malam kotaraya Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan Genting Highland, membuatkan ramai netizen meragui ketulenan gambar tersebut.

Gambar Ini Buat Netizen Kata Ia Adalah ‘Fake’, Ini Penjelasan Dari Pemilik Gambar Sebenar

Mula dimuat naik pada 5 Mei lepas, ramai yang terkejut apabila limpahan lampu dari Genting Highland jelas kelihatan dalam imej tersebut.

Netizen mula membanjiri ruangan komen dan mengatakan gambar ini telah disunting dengan menggunakan teknik ‘superimposed‘.

Pemilik gambar, Jun Hong mengesahkan kesahihan gambar ini melalui kiriman di akaun FB beliau.

Screenshot 2019-05-10 at 2.26.01 PM

Jun Hong menjelaskan, beliau sangat bernasib baik kerana bukan mudah untuk mendapat peluang merakam Genting Highland sebegitu rupa, kerana anda memerlukan langit yang cerah serta tidak terlindung dari kabus.

Beliau memberitahu gambar ini diambil oleh kamera Fujifilm X-T1 bersama bukaan aperture f8, shutter speed 10 saat, ISO200 (200mm focal length).

Gambar Ini Buat Netizen Kata Ia Adalah ‘Fake’, Ini Penjelasan Dari Pemilik Gambar Sebenar
Jun Hong terpaksa memuat naik kiriman yang membuktikan kesahihan gambar KLCC/Genting

Bagi mendapatkan hasil seperti imej diatas, Jun Hong membuat sedikit ‘touch up‘ dan menyunting tona warna gambar melalui perisian Adobe Lightroom serta Photoshop.

Menurut beliau lagi, gambar ini diambil berdekatan kediamannya di Bukit Jalil. Pada mulanya beliau hanya meletakkan kamera untuk merakam ‘time-lapse‘ namun apa yang beliau berjaya rakam adalah sesuatu yang menakjubkan.

Sumber: Jun Hong

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY