Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vine 2.0 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai “Byte” Pada Tahun 2019

Vine 2.0 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai “Byte” Pada Tahun 2019

Diterbitkan November 9, 2018 oleh Haikel Areff

Aplikasi Vine muncul sebagai salah satu platform perkongsian video berdurasi pendek popular sejak beberapa tahun lalu. Kebanyakan video yang dikirimkan di platform berkenaan adalah menghiburkan dan lawak, menyebabkan popularitinya meningkat naik dengan pantas.

Tahun lalu, pengasas bersamanya Don Hofmann telah mengacahkan satu logo yang berbentuk “V2”. Selepas beberapa lama tertangguh, akhirnya Hofmann telah mengesahkan bahawa aplikasi baru Vine itu akan dikenali sebagai “Byte” dan bakal dilancarkan pada musim bunga(di antara April hingga Jun) 2019.

https://twitter.com/dhof/status/1060613118089445377

Byte dikatakan akan menawarkan satu platform untuk kiriman gelung video. Satu laman sesawang rasmi bagi aplikasi berkenaan kini sudah boleh diakses untuk kemudahan mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan mengenai perkara ini.

Sekiranya anda juga berminat untuk mengikutinya dengan lebih dekat, anda boleh terus ke laman sesawang Byte dan daftarkan emel anda di sana.

 

Sumber: Engadget

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY