Jumlah tersebut terjual hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Jika semalam telah dilaporkan sebanyak 15 juta unit telefon pintar Redmi Note 7 terjual di seluruh dunia, Xiaomi Malaysia pula boleh berbangga dengan pencapaian 100 ribu unit model Redmi Note 7 yang telah berjaya terjual di seluruh Malaysia.
Jumlah itu dicapai hanya dalam tempoh 3 bulan selepas ia dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu. Bermakna secara purata sebanyak 1000 unit peranti tersebut telah berjaya dijual dalam masa 24 jam.
https://twitter.com/XiaomiMalaysia/status/1149153826215084033
Telefon pintar Redmi Note 7dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 serta bateri berkapasiti 4000mAh. Harganya pula bermula dari RM679 bagi spesifikasi 3GB RAM dan storan bersaiz 32GB.
Spesifikasi tertingginya pula yang dilengkapi dengan 4GB RAM dan storan 128GB pula berharga RM949.00. Selain model ini, Xiaomi juga turut mengeluarkan model Redmo Note 7 Pro yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 675 yang lebih berkuasa.
Walaubagaimanapun, model tersebut tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Berkaitan
- Infinix Malaysia Dalam 5 Teratas Jenama Telefon Pintar Terhangat Di Lazada Dan Shopee
- Seorang Wanita Dilaporkan Hampir Dihentam Meteorit Berusia 470 Juta Tahun
- Malaysia Akan Menyertai COVID-19 Vaccine Global Access Facility
- Siri Anime One Piece Akan Boleh Distrim 24/7 Percuma Setahun
- Malaysia Akan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Separa Ahad Ini
- Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony
- Bakal Masuk Malaysia Tak Lama Lagi, EISA Nobatkan Peranti Ini Sebagai Telefon Belian Berbaloi Untuk 2022-2023
- OnePlus 7T Akan Tersedia Dilengkapi Dengan Sistem Android 10
- Waktu Semenanjung Malaysia Tidak Dianjak Daripada GMT+8 kepada GMT+7
- Pengguna Windows 7 Menerima Kemas Kini Terbaru Bagi Memperbetulkan Isu Tetapan Wallpaper