Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sokongan Terhadap Windows 7 Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

Pengguna Windows 7 Menerima Kemas Kini Terbaru Bagi Memperbetulkan Isu Tetapan Wallpaper

Diterbitkan Februari 8, 2020 · Dikemas kini Februari 8, 2020 oleh ariff bukhari

Kali pertama selepas Microsoft menamatkan sokongan terhadap sistem operasi tersebut.

Hari ini pihak Microsoft telah melepaskan kemas kini KB4539602 khusus untuk pengguna sistem operasi komputer Windows 7.

Kemas kini ini juga secara khusus adalah bagi memperbetulkan isu tetapan wallpaper yang dihadapi pengguna selepas mereka memasang kemas kini terakhir yang dilepaskan sebelum Windows 7 ditamatkan sokongannya pada 14 Januari lalu.

“Addresses an issue that might cause your wallpaper that is set to Stretch to display as black.” Microsoft.

Kemas kini terbaru ini merupakan yang pertama diterima pengguna Windows 7 selepas sistem operasi usang itu ditamatkan sokongannya oleh Microsoft.

Pada awalnya, Microsoft memaklumkan hanya pengguna Windows 7 yang membeli program Extended Security Update (ESU) sahaja akan menerima kemas kini ini.

Walaubagaimanapun, kemudiannya mereka memaklumkan bahawa semua pengguna Windows 7 akan menerima kemas kini tersebut.

Jadi kepada pengguna komputer yang masih menggunakan Windows 7, bolehlah segera mengemas kini sistem operasi usang tersebut.

Kemas kini KB4539602 adalah untuk pengguna Windows 7 Service Pack 1 dan Windows Server 2008 R2 Service Pack 1. Untuk info lebih lanjut, layari laman sokongan Microsoft.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY