Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Tawar Diskaun Langganan 50% Untuk Pujuk ‘Lanun’ Kembali Ke Pangkal Jalan

Siri Anime One Piece Akan Boleh Distrim 24/7 Percuma Setahun

Diterbitkan Oktober 26, 2023 · Dikemas kini Oktober 26, 2023 oleh ariff bukhari

Saluran YouTube rasmi One Piece Jepun mengumumkan inisiatif Anytime One Piece, yang merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 anime itu.

Inisiatif itu menawarkan peminat anime khususnya One Piece menstrim semua siri anime tersebut bermula dari episod 1 hinggalah episod One Piece terbaharunya,

Anytime One Piece merancang untuk menayangkan episod siri anime itu 24/7 selama setahun penuh.

Berdasarkan info dari pasukan di One Piece, maraton penstriman itu akan bermula pada 29 Oktober 2023 ini pada jam 10 pagi.

Tetapi setakat ini, tiada jadual rasmi telah dikeluarkan yang memperincikan bila episod atau cerita tertentu akan disiarkan secara langsung.

Jadi buat masa ini, peminat hanya menganggap penstriman akan bermula dengan One Piece episod satu dan bergerak ke hadapan disusuli episod-episod seterusnya.

Walau bagaimanapun, strim percuma siri One Piece itu hanya ditawar di saluran YouTube rasmi One Piece yang hanya akan boleh ditonton oleh penonton di Jepun sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=79XaA_4CYj8

Inisiatif ini dilihat sebagai usaha siri anime itu menarik penonton generasi baru yang baru mengenali dunia One Piece.

Manga One Piece Vol. 1 pertama kali dilancarkan pada 19 Julai 1997 dahulu.

Episod bagi siri anime pertamanya pula yang bertajuk “Saya Luffy! Lelaki Yang Akan Menjadi Raja Lanun!” mula ditayangkan pada 20 Oktober 1999.

Setakat ini, episod bagi siri anime One Piece sudah berjumlah 1080 episod. Manakala siri manganya pula berjumlah 1095.

Siri aksi sebenar One Piece terbitan Netflix bagi musim pertama pula sedang ditayangkan di Netflix yang mengandungi sebanyak 8 episod.

Musim keduanya pula dijangka akan tiba pada tahun 2024 nanti.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Sah, One Piece Netflix Diteruskan Untuk Musim Ke-2
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: Comic Book

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY