Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Wanita Dilaporkan Hampir Dihentam Meteorit Berusia 470 Juta Tahun

Seorang Wanita Dilaporkan Hampir Dihentam Meteorit Berusia 470 Juta Tahun

Diterbitkan Januari 26, 2022 ยท Dikemas kini Januari 26, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang wanita bernama Ruth Hamilton didakwa hampir dihentam oleh seketul batu meteorit ketika berada di rumahnya di Golden, B.C. Canada.

Insiden yang dilaporkan berlaku pada awal Oktober 2021 lalu telah disahkan bahawa batu yang hampir mengena wanita itu adalah sebuah meteorit.

Hasil dari kajian yang dibuat ke atas batu itu oleh penyelidik dari Western University London juga membolehkan mereka menganggarkan usia batu itu.

Menerusi bantuan kamera litar tertutup juga mereka dapat menjejak trajektori batu meteor itu.

Hasilnya mereka mendapati bahawa meteorit itu adalah terhasil daripada pertembungan lingkaran asteroid antara planet Jupiter dan Marikh yang berlaku pada 470 juta tahun dahulu.

Meteorit yang terjatuh pada kediaman Wanita itu menyebabkan bumbung rumahnya berlubang sebesar sebiji bola sepak.

Walaubagaimanpun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku pada wanita tersebut.

Saintis menyatakan, peluang untuk insiden sepertimana yang dialami oleh Ruth Hamilton adalah 100 bilion dalam 1 untuk berlaku.

Malah jika batu meteor itu jatuh mengenai wanita tersebut, ia adalah manusia kedua dalam yang dilaporkan pernah dihentam oleh meteorit.

Sebelum ini, pada 30 November 1954 dahulu wanita bernama Ann Hodges adalah manusia pertama dan satu-satunya yang pernah dihentam oleh meteorit.

Insiden itu berlaku ketika dia sedang baring berehat di atas kerusi rumahnya di Sylacauga, Alabama.

Seorang Wanita Dilaporkan Hampir Dihentam Meteorit Berusia 470 Juta Tahun
Ann Hodges, manusia pertama dan satu-satunya yang pernah dihentam oleh meteorit. Kredit: The Weather Network

Sumber: The Weather Network

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY