Jumlah peranti tersebut terjual diseluruh dunia hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja.
Redmi India di laman Twitter mereka telah mengumumkan bahawa sebanyak 15 juta unit telefon pintar Xiaomi model Redmi Note 7 telah terjual di seluruh dunia.
Jumlah tersebut adalah sejak hari ia dilancarkan pada 6 bulan yang lepas.
https://twitter.com/RedmiIndia/status/1148821735975743488
Pada bulan Mac lalu, Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menjual sebanyak 4 juta unit Redmi Note 7 diseluruh dunia.
https://twitter.com/Xiaomi/status/1113049550065827841
Redmi Note 7 secara rasminya telah pun mula berada dipasaran Malaysia sejak bulan Mac yang lalu dan harganya bermula dari RM679.00. Ia dilengkapi dengan skrin paparan 6.3 inci, dikuasakan oleh cip Snapdragon 660 serta bateri berkapasiti 4000mAh.
Ia juga turut memiliki dwi kamera gabungan sensor 48MP (Samsung GM1) beserta sensor 5MP. Manakala kamera hadapannya pula menampilkan lensa tunggal 13MP.
Berkaitan
- Intel Mencapai Rekod Pendapatan Sehingga USD72 Bilion Pada Tahun 2019
- Jenayah Siber Pada 2018 Meningkat Hampir 2 Kali Ganda Berbanding 2017
- Berdesup, Cip A17 Bionic Didakwa Sepantas PlayStation 5 Tapi Jauh Lebih Jimat Tenaga
- Xiaomi Membangunkan Kilang Yang Dioperasikan Robot Sepenuhnya
- Cepat Dapatkan 'Game' Strategi Perang Berharga Hampir RM70 Ini Secara Percuma Sekarang
- 75% Nombor Telefon Pengguna Malaysia Telah Dibocorkan - Gogolook
- PDRM Telah Membuka Sebanyak 1,897 Kertas Siasatan Melibatkan Media Sosial
- Senarai Peranti Xiaomi Yang Dijangka Akan Terima Naik Taraf Android 12 Dan MIUI 13
- Pelayar Chrome Versi 77 Kini Dilengkapi Ciri Kawalan Pemain Media
- Buang Segera 7 Aplikasi Android Ini Kerana Mencuri Data Sulit Akaun Facebook Anda