Jumlah tersebut terjual hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Jika semalam telah dilaporkan sebanyak 15 juta unit telefon pintar Redmi Note 7 terjual di seluruh dunia, Xiaomi Malaysia pula boleh berbangga dengan pencapaian 100 ribu unit model Redmi Note 7 yang telah berjaya terjual di seluruh Malaysia.
Jumlah itu dicapai hanya dalam tempoh 3 bulan selepas ia dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu. Bermakna secara purata sebanyak 1000 unit peranti tersebut telah berjaya dijual dalam masa 24 jam.
https://twitter.com/XiaomiMalaysia/status/1149153826215084033
Telefon pintar Redmi Note 7dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 serta bateri berkapasiti 4000mAh. Harganya pula bermula dari RM679 bagi spesifikasi 3GB RAM dan storan bersaiz 32GB.
Spesifikasi tertingginya pula yang dilengkapi dengan 4GB RAM dan storan 128GB pula berharga RM949.00. Selain model ini, Xiaomi juga turut mengeluarkan model Redmo Note 7 Pro yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 675 yang lebih berkuasa.
Walaubagaimanapun, model tersebut tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Berkaitan
- TM Dan ZTE Bawa Pengalaman Jalur Lebar 50Gbps Pertama Di Malaysia
- Rakyat Malaysia Bakal Saksikan Fenomena 'Bulan Melintas Hadapan Planet Zuhrah' Jumaat Ini
- Google Membuang 7 Aplikasi Dari Play Store Kerana Mengintip Penggunanya
- Kemas Kini Kumulatif KB4579311 Bagi Banyak Masalah Pada Pengguna Windows 10
- Rakyat Malaysia Khususnya Wanita Terus Diperdaya 'Macau Scam'
- Lihat Perubahan Rupa Bumi Dalam Tempoh 37 Tahun Dengan Google Earth
- Redmi K50 Dan Redmi K50 Pro Rasmi Dilancarkan, Dikuasakan Dimensity 9000
- Xiaomi Lancarkan Mesin Basuh Mini Pintar, Boleh Kawal Dari Aplikasi
- Peratus Pengguna Muda Facebook Di Malaysia Meminati Politik Sangat Rendah - Kajian
- JPDP Dan CyberSecurity Malaysia Siasat Insiden Ketirisan Data 11 Ribu Pemohon UiTM