Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO F2 Pro

Xiaomi Malaysia Adakan Penstriman Langsung Poco F2 Pro 10 Jun Ini

Diterbitkan Jun 4, 2020 oleh Helmi Samsuri

Xiaomi Malaysia sebelum ini telah menetapkan POCO F2 Pro akan rasmi dijual di Malaysia bermula 10 Jun ini. Harga yang ditetapkan bagi penawaran terbaharu itu adalah RM2199 untuk variasi RAM 6GB/128GB.

Sementara konfigurasi memori lebih tinggi iaitu RAM 8GB/256GB pula dipasarkan pada nilai RM2599. Ia turut disertakan dengan aksesori penyejukan, BlackShark Funcooler yang bernilai RM139.

Bagi memeriahkan hari jualan pertama itu, Xiaomi Malaysia bakal mengadakan penstriman langsung yang boleh ditonton dari laman rasmi Facebook Xiaomi Malaysia pada 10 Jun ini tepat jam 8 malam.

POCO F2 Pro Live Stream_1POCO F2 Pro

Menurut Xiaomi, mereka bakal mengumumkan promosi istimewa sewaktu penstriman itu dilangsungkan. Untuk makluman anda juga, POCO F2 Pro versi permulaan akan dijual pada harga promosi RM1999 (harga asal RM2199. Sekiranya anda mahu penjimatan RM200 ini, ia ditawarkan pada platform Lazada dalam tempoh satu hari sahaja.

Xiaomi Malaysia Adakan Penstriman Langsung Poco F2 Pro 10 Jun Ini

Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang dibawa pada POCO F2 Pro, boleh lanjutkan bacaan disini – Poco F2 Pro Rasmi Dilancarkan – ‘Flagship Killer’ Kini Kembali Semula?

Beli Poco F2 Pro dengan harga promosi RM1999 di Lazada pada 10 Jun 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY