Xiaomi Malaysia nampaknya semakin serius memperluas ekosistem rumah pintar mereka dengan pelancaran Mijia Air Conditioner Eco Inverter. Hadir dengan pilihan kapasiti 1.0HP dan 1.5HP, pendingin hawa ini bukan sekadar penyejuk udara biasa, malah dilengkapi teknologi AI untuk penjimatan tenaga yang lebih efisien.
Salah satu ciri utamanya ialah AI Energy Saving Mode yang mampu memberikan kadar penjimatan tenaga sehingga 24.3% bagi model 1.0HP dan 20.9% bagi model 1.5HP. Dengan blower berdiameter 108mm, ia juga menyokong Turbo Mode yang mampu mendinginkan ruang dalam masa 30 saat sahaja.
Sebagai produk Xiaomi, ia menyokong penuh ekosistem IoT melalui kawalan aplikasi Mi Home dan arahan suara. Anda boleh memantau penggunaan elektrik secara masa nyata serta menerima kemas kini OTA secara jauh. Penyelenggaraan juga lebih mudah dengan sistem peringatan pembersihan penapis dan fungsi self-clean.
Harga & Promosi
Mulai 24 Mac, jam 8 malam, anda boleh mendapatkan penghawa dingin ini pada harga promosi di Shopee, Lazada, dan mi.com:
- 1.0HP: RM1,299 (Harga asal RM1,899)
- 1.5HP: RM1,599 (Harga asal RM2,199)
Lebih menarik, setiap pembelian layak menerima pemasangan dan penghantaran percuma bernilai RM499, serta jaminan kompresor selama 10 tahun.
{suggest}
