Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Diterbitkan Julai 26, 2018 ยท Dikemas kini Julai 26, 2018 oleh Haikel Areff

Xiaomi sebelum ini menjadi peranti paling popular di India sejak enam bulan yang lalu, dan sebahagian besar dari tempoh itu mereka diekori rapat oleh Samsung di tempat kedua. Namun, perkara itu nampaknya telah berubah apabila Samsung dilaporkan telah mengambil alih kedudukan mereka baru-baru ini.

Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Perkara itu telah dilaporkan oleh Quartz Media di mana Samsung telah menguasai 29% daripada keseluruhan pasaran untuk suku kedua tahun ini, manakala Xiaomi hanya menguasai 28% sahaja. Kajian pasaran ini dibuat untuk setiap suku tahunan oleh Counterpoint Research.

Bagaimanapun, peranti keluaran Xiaomi, Redmi 5A dan Redmi Note 5 Pro masih lagi muncul sebagai peranti paling popular di negara berkenaan. Samsung Galaxy J6 pula menduduki tempat ketiga, mengatasi Redmi Note 5 dan Vivo Y71 di tempat keempat dan kelima.

Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Perkara ini semestinya merupakan satu berita baik bagi pihak Samsung. Ini kerana Samsung kini sedang dalam proses untuk memperluaskan seterusnya menguasai pasaran kedua terbesar bagi industri telefon pintar tersebut.

Akan tetapi, memandangkan beza peratusan yang sangat kecil di antara kedua-dua syarikat, Samsung menegaskan mereka akan terus berusaha dari segi pemasaran dan pengeluaran supaya dapat terus memegang status berkenaan. Untuk makluman anda, Vivo(12%), Oppo(10%) dan Honor(3%) menyempurnakan senarai lima syarikat pengeluar paling popular di India.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY