Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Mi A2 Lite, Mungkin Dengan Harga Yang Lebih Rendah

Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Mi A2 Lite, Mungkin Dengan Harga Yang Lebih Rendah

Diterbitkan Julai 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Salah satu model kelas pertengahan yang mendapat sambutan hangat pada tahun lalu adalah Mi A1, telefon pintar pertama dari Xiaomi dilengkapi dengan Android Asli.

Terkenal dengan harga mampu milik serta tetapan dwi kamera, ia menjadikan siri ini sebagai model yang dinantikan oleh peminat.

Sedikit sebanyak tentang spesifikasi Mi A2 telahpun kita ketahui kerana ia adalah berasaskan kepada model Mi 6X, yang dilancarkan pada 25 April lalu.

Namun berdasarkan perkhabaran terbaru, sebuah lagi model dalam variasi lite bakal mengiringi pelancaran Mi A2.

Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Mi A2 Lite, Mungkin Dengan Harga Yang Lebih Rendah

Versi Lite dijangka hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 625 digandingkan bersama RAM 4GB serta storan dalaman 64GB.

Bagi skrin paparan pula, ia akan berukuran 5.84 inci dengan resolusi 1080 x 2280. Tetapan dwi kamera belakang dilengkapi dengan lensa 12MP dan 5MP, serta dijana dengan bateri 4000 mAh yang menjalankan Android Oreo 8.1.

Perbezaan boleh dilihat pada versi utama serta Lite dari segi, cip pemprosesan, lensa dwi kamera serta kapasiti bateri.

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY