Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Sindir Apple & Samsung Berkenaan Tuduhan Sengaja Perlahankan Model Lama

Huawei Sindir Apple & Samsung Berkenaan Tuduhan Sengaja Perlahankan Model Lama

Diterbitkan Oktober 27, 2018 oleh Haikel Areff

Aktiviti sindir-menyindir di antara tiga syarikat pengeluar telefon pintar utama dunia ini nampaknya terus berterusan. Terbaru, Huawei telah menyindir dua pesaing utamanya itu melalui satu kicauan di akaun Twitter rasmi Huawei UK, @HuaweiMobileUK.

We would never slow our phones down to force an upgrade. We're proud our new #HuaweiMate20Pro is #BornFastStaysFast – just like every other phone in our range. #NeverSlowDown Learn more now > https://t.co/Fn1ADt5VBW pic.twitter.com/AJihfosqAM

— Huawei Mobile UK (@HuaweiMobileUK) October 25, 2018

Kicauan itu jelas bertujuan untuk mengejek Apple dan Samsung yang baru-baru ini dituduh sengaja memperlahankan model-model lama keluaran mereka. Kedua-duanya telah berdepan tindakan undang-undang apabila disaman oleh pihak Italian Competition Authority beberapa hari lalu.

Huawei turut menggunakan kiriman berkenaan  untuk mempromosikan model terbaru mereka, Huawei Mate 20 Pro. Kicauan tersebut telah disertakan bersama tanda pagar #BornFastStaysFast dan #NeverSlowDown yang mana ia juga merupakan “peluru” yang ditujukan kepada Apple dan Samsung.

Huawei Mate 20 Pro dilancarkan dengan cip pemprosesan terkini Kirin 980 di samping beberapa ciri menarik seperti penggunaan tri-kamera utama serta pengecasan terpantas Huawei SuperCharge 2.0.

Dalam perkembangan lain, siri Huawei Mate 20 ini sudah boleh mula didapati di Malaysia hari ini. Anda boleh layari laman sesawang atau Facebook rasmi Huawei Mobile Malaysia untuk perkembangan lanjut mengenainya.

 

Sumber : Huawei Mobile UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY