Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dims (3)

Papan Iklan Apple Dikatakan Menyindir Google, Android Dan Alexa

Diterbitkan Januari 6, 2019 · Dikemas kini Januari 6, 2019 oleh Helmi Samsuri

“What happens on your iPhone, Stays on your iPhone” (Apa yang berlaku didalam iPhone, kekal didalam iPhone). Itulah ayat yang tertera pada papan iklan Apple disebuah bangun di Las Vegas.

dims (3)

Ia mungkin bersempena dengan ketibaan acara Consumer Electronics Show 2019 (CES 2019) yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari ini dibandaraya tersebut.

Dibawahnya juga turut terlihat pautan apple.com/privacy/ yang mana ia merupakan halaman menerangkan tentang privasi produk mereka terhadap pengguna.

Jika dilihat sebelum ini, Apple tidak terlibat secara formal dalam acara CES dan kebanyakkan media menganggap papan iklan itu sekadar menyindir nama-nama besar dalam industri seperti Google dan Amazon.

Mengutip laporan The Verge, dua syarikat diatas beberapa kali dilaporkan terkait dengan masalah privasi seperti contoh Amazon melalui Alexa pernah merekod perbualan peribadi dan tersalah hantar kepada pengguna lain.

Google pula yang memiliki Google Assistant dan Android juga sering kali terpalit dengan isu privasi seperti menjejak informasi pengguna dan didakwa menggunakannya untuk tujuan komersil.

Screenshot 2019-01-06 at 10.25.56 AM
kredit foto: The Verge

Namun menurut The Verge, ia lebih terarah kepada menyindir Google yang mengiklankan “Hey Google” tetapi dengan skema warna yang terbalik (Apple tulisan putih latarbelakang hitam, Google tulisan hitam latarbelakang putih).

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY