Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi AirDots – Fon Telinga Tanpa Wayar Yang Jauh Lebih Murah Berbanding Apple AirPods

Xiaomi AirDots – Fon Telinga Tanpa Wayar Yang Jauh Lebih Murah Berbanding Apple AirPods

Diterbitkan November 8, 2018 ยท Dikemas kini November 8, 2018 oleh Haikel Areff

Apple telah memperkenalkan fon telinga tanpa wayar AirPods mereka pada September 2016 bersama dengan model iPhone 7 dan Apple Watch Series 2. Sejak itu, beberapa pembangun sudah mula menghasilkan fon telinga tanpa wayar mereka sendiri.

xiaomi-airdots-1
Kredit: Xiaomi

Terbaru, Xiaomi telah melancarkan satu fon telinga yang mempunyai ciri dan fungsi yang hampir sama dengan AirPods. Ya, semestinya dengan harga yang lebih murah dan mampu milik.

Namun, AirDots hanya mampu memberikan anda 4 jam tempoh penggunaan tanpa henti berbanding 5 jam oleh AirPods. Bekas simpanan atau pengecasannya pula mampu menyokong pengecasan penuh sebanyak tiga kali sekaligus membekalkan kuasa untuk 12 jam, hanya separuh dari apa yang ditawarkan oleh AirPods.

xiaomi-airdots-2
Kredit: Xiaomi

Cengkerang fon telinga itu juga berfungsi sebagai alat kawalan di mana ia boleh menjalankan beberapa arahan tertentu hanya dengan menyentuhnya. Xiaomi juga tidak menolak kemungkinan bahawa AirDots akan dibekalkan bersama belian telefon pintar mereka pada masa akan datang.

Ditawarkan pada harga 199 Yuan(~RM 71) di China bermula 11 November ini. Untuk rekod, Apple AirPods dijual pada harga RM 649 di laman rasmi Apple. Setakat ini Xiaomi masih belum mengumumkan tarikh penawaran AirDots ini ke pasaran antarabangsa.

 

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY