Xiaomi 14 Ultra Kini Rasmi - 4 Kamera 50MP, Dua Telefoto, 5x Zum Optikal

Xiaomi 14 Ultra secara rasmi kini membuat penampilan sulung dalam acara yang berlangsung di China. Penambahan model ini melengkapkan barisan model dalam siri Xiaomi 14.

{suggest}

Menyentuh spesifikasi, Xiaomi 14 Ultra dilengkapi skrin berukuran 6.73-inci AMOLED dengan resolusi 2K, kadar segar semula adaptif 1-120Hz LTPO serta maksimum kecerahan 3,000 nit. Ia juga menyokong HDR 10+, Dolby Vision dan sebagainya.



Sama seperti dua model yang lain, Xiaomi 14 Ultra juga dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3 bersama 16GB RAM LPDDR5x dan 1TB storan berasaskan UFS 4.0.

Untuk kemampuan fotografi, ia merupakan model paling berkuasa dalam siri Xiaomi 14. Terdapat modul kamera besar dengan penjenamaan Leica dan empat lensa Summilux di bahagian belakang.



Tetapan ini terdiri daripada 50MP utama (ƒ/1.63-ƒ/4.0) dengan sensor 1" Sony LYT-900 generasi kedua dan OIS. Tiga lagi lensa dilengkapi sensor 50MP Sony IMX858ultra lebar ( ƒ/1.8), telefoto (OIS, ƒ/1.8) dengan 3.2x zum optikal serta periskop telefoto dengan 5x zum optikal (OIS, ƒ/2.5). Terdapat juga ciri Ultra Zoom AI dengan 30x zum.



Xiaomi 14 Ultra dikatakan mempunyai kelajuan shutter melebihi iPhone 15 Pro Max. Ia juga didatangkan dengan Xiaomi AISP, iaitu model AI pengimejan pertama Xiaomi.



Pada bahagian hadapan ditempatkan 32MP kamera swafoto. Untuk video, ia menyokong rakaman 8K, 4K/120fps serta 4K/60fps.



Beralih ke bahagian bateri, peranti ini diisi kapasiti 5,300mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 80W wayerles.

Selebihnya, Xiaomi 14 Ultra termasuk sokongan rangkaian 5G, sambungan Wi-Fi 7, NFC, Bluetooth 5.4, USB-C, penarafan IP68 serta komunikasi satelit.



Tiga pilihan warna tersedia iaitu White, Black dan Crystal Blue. Terdapat juga edisi istimewa Titanium, yang mana bingkai diperbuat daripada aloi titanium dan menggunakan proses acuan aloi titanium.

Harga




Berikut merupakan harga Xiaomi 14 Ultra untuk pasaran China.

  • 12GB + 256GB - 6,499 yuan (~RM4,314)

  • 16GB + 512GB - 6,999 yuan (~RM4,646)

  • 16GB + 1TB - 7,799 yuan (~RM5,177)

  • 16GB + 1TB (Titanium SE) - 8,799 yuan (~RM5,840)


Untuk pasaran global, Xiaomi 14 Ultra akan dilancarkan pada 25 Februari 2024.

(Untuk pembelian produk Xiaomi yang lain, layari kedai rasmi di Shopee atau Lazada.)

Sumber: Xiaomi