Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
XFRA: Inovasi SPAN Dan NVIDIA Tukarkan Rumah Jadi Pusat Data Mini

XFRA: Inovasi SPAN Dan NVIDIA Tukarkan Rumah Jadi Pusat Data Mini

Diterbitkan Mei 8, 2026 ยท Dikemas kini Mei 9, 2026 oleh Amsyar Latif

Syarikat teknologi pengurusan tenaga, SPAN, baru-baru mengumumkan pelancaran XFRA, sebuah penyelesaian pusat data teragih yang direka untuk menyediakan kapasiti pengkomputeran baharu berskala gigawatt.

Berbeza dengan pusat data tradisional, XFRA memanfaatkan rangkaian nod pengkomputeran yang ditempatkan di ruang kediaman dan komersial kecil.

Inisiatif ini bertujuan untuk menangani kekangan infrastruktur kuasa semasa yang dihadapi oleh penyedia awan AI dan hyperscaler, dengan menggunakan kelebihan sedia ada pada grid elektrik yang belum digunakan sepenuhnya.

Bagi menjayakan fasa pelancaran awal, SPAN telah menjalinkan kerjasama dengan peneraju pengkomputeran AI, NVIDIA. Penyelesaian ini bakal menggunakan pelayan edisi khas NVIDIA RTX PRO 6000 Blackwell yang dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair gred perusahaan.

Menurut Pengasas dan CEO SPAN, Arch Rao, teknologi kawalan kuasa pintar milik syarikat itu membolehkan pengoptimuman infrastruktur grid sedia ada, yang sebelum ini digunakan untuk elektrifikasi rumah, bagi tujuan pengkomputeran teragih.

Langkah ini dilihat sebagai strategi pantas untuk merapatkan jurang antara permintaan kuasa AI yang mendadak dengan kepantasan pembinaan infrastruktur grid.

XFRA berfungsi dengan memanfaatkan kecerdasan terbina dalam panel elektrik pintar SPAN yang mampu membuka kapasiti perkhidmatan elektrik tambahan pada grid sedia ada.

Kapasiti ini kemudiannya digunakan untuk menjana kuasa bagi nod pengkomputeran prestasi tinggi untuk beban kerja seperti inferens AI dan penstriman permainan awan.

Menurut NVIDIA, penyelesaian ini sangat kritikal bagi memenuhi keperluan kependaman yang rendah kerana kedudukan nod pengkomputeran yang lebih dekat dengan pengguna akhir.

XFRA tidak bertujuan menggantikan pusat data berpusat, sebaliknya bertindak sebagai pelengkap bagi mempercepatkan pertumbuhan kapasiti di pinggir grid.

Pelaksanaan awal XFRA akan turut melibatkan kerjasama dengan pembina rumah terkemuka seperti PulteGroup untuk menyepadukan teknologi ini dalam pembinaan kediaman baharu.

Model ini menawarkan nilai tambah kepada pelbagai pihak yang mana syarikat teknologi mendapat kapasiti pengkomputeran segera, manakala pemilik rumah menerima panel pintar SPAN dan sistem bateri simpanan berserta kadar diskaun untuk elektrik dan internet.

SPAN menyasarkan untuk memulakan penggunaan awal pada penghujung tahun ini dengan sasaran mencapai skala gigawatt menjelang tahun 2027.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Nvidia Mula Semula Pengeluaran Cip Untuk Pasaran China
  • TikTok Labur ~RM110 Bilion Kembangkan Infrastruktur Pusat Data Di Thailand

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
©2026 WISER.MY