Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Labur ~RM110 Bilion Kembangkan Infrastruktur Pusat Data Di Thailand

TikTok Labur ~RM110 Bilion Kembangkan Infrastruktur Pusat Data Di Thailand

Diterbitkan Mei 7, 2026 · Dikemas kini Mei 7, 2026 oleh ariff bukhari

Thailand kini melangkah besar sebagai hab teknologi serantau selepas Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) meluluskan 6 projek mega dengan nilai keseluruhan pelaburan berjumlah 958 bilion baht (~RM125 bilion).

Daripada enam projek yang diluluskan, tiga adalah dalam perkhidmatan pusat data dan pengehosan data, dengan nilai pelaburan berjumlah 913 bilion baht (~RM119 bilion).

Projek terbesar datang daripada TikTok System (Thailand) Co., Ltd. dengan pelaburan bernilai 842 bilion baht (~RM110 bilion) untuk pusat data.

Projek ini akan memasang pelayan tambahan dan mengembangkan infrastruktur penyimpanan dan pemprosesan data di seluruh Bangkok, Samut Prakan dan Wilayah Chachoengsao.

Syarikat antarabangsa lain seperti Skyline Data Center (DAMAC Group, UAE) dan Bridge Data Centres (Singapura) turut menyumbang berbilion baht lagi untuk pembangunan pusat data di sana.

Selain itu, projek tenaga bersih dan industri turut mendapat perhatian di sana seperti PureCycle melabur dalam plastik kitar semula, Dan Khun Thot Wind One dalam tenaga angin, dan ASEAN Potash Chaiyaphum dalam baja potash.

Menerusi mekanisme FastPass yang direka bentuk untuk memperkemas prosedur kelulusan dan permit serta  mempercepatkan penyelarasan antara agensi berkaitan Thailand, BOI telah berjaya mempercepatkan 25 projek bernilai 223 bilion baht (~RM29 bilion) ke dalam portfolio mereka, sekali gus menjadikan Thailand lebih bersedia menghadapi gelombang pelaburan global baharu.

Berkaitan

  • YouTube, TikTok Dan Instagram Berdepan Dakwaan Sengaja Direka Untuk Menyebabkan Ketagihan
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • ByteDance Atasi OpenAI Sebagai Syarikat AI Paling Berpengaruh 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY