Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xbox series X digital

Xbox Series X Kini Hadir Dengan Varian Digital, Warna Putih

Diterbitkan Jun 10, 2024 oleh Amsyar Latif

Dalam acara Xbox Games Showcase 2024, Microsoft mengumumkan Xbox Series X kini hadir dalam versi digital dan juga penawaran warna baharu, Robot White.

Warna baharu untuk Xbox Series X itu adalah mirip yang ditawarkan pada Xbox Series S. Menjadikannya sesuai untuk golongan yang gemar peranti atau perkakas berwarna putih. Konsol ini juga ditawarkan dalam pilihan storan 1TB.

Dari segi spesifikasi, ia dilihat sama sahaja dengan Xbox Series X versi cakera optik. Namun, tidak pasti sama ada Microsoft menaik taraf sinki habanya.

xbox series x
xbox series x galaxy black

Buat masa sekarang, Microsoft tidak berkongsi tarikh jualannya lagi tetapi ia akan tersedia kepada umum tahun ini juga. Untuk harga, Xbox Series X digital Robot White 1TB adalah $449.99 (~RM2,122).

Bukan itu sahaja, Xbox Series X versi cakera optik juga mempunyai varian baharu, iaitu storan 2TB dengan warna serba baharu — Galaxy Black yang dijual pada tanda harga $599.99 (~RM2,830). Sama juga, tidak ada apa-apa perubahan dalaman yang kita lihat. Ia ibarat “facelift” sahaja. Konsol ini juga akan tersedia pada tahun ini.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Microsoft Mungkin Akan Perkenal Konsol Permainan Mudah Alih Xbox
  • Call of Duty: Black Ops 6 Akan Tersedia Di Xbox Game Pass

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY