Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows Insider akses telefon file explorer_2

Windows Insider Kini Boleh Akses Peranti Android Melalui File Explorer

Diterbitkan Julai 29, 2024 oleh Amalina Athman

Microsoft mula melancarkan keupayaan untuk mengakses peranti Android dalam File Explorer kepada Windows Insiders, secara berperingkat.

Penguji beta yang mendapat akses kepada ciri ini boleh melayari semua folder dan fail secara wayarles, termasuk media yang terdapat pada telefon Android.

Windows Insider akses telefon file explorer_1

Pengguna boleh membuka, menyalinnya ke PC atau menyalin fail PC ke telefon, menamakan semula fail, mengalihkannya atau memadamkannya. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu memenuhi keperluan berikut:

  • Telefon Android mempunyai sekurang-kurangnya Android 11 atau lebih tinggi.
  • Menjalankan versi BETA aplikasi Link to Windows pada telefon Android (versi 1.24071 dan lebih tinggi).
  • Telah berdaftar untuk Program Windows Insider, PC menjalankan Windows 11 dan PC opted in dalam mana-mana daripada 4 Saluran Insider.

Setelah memenuhi keperluan di atas, pergi ke Settings > Bluetooth & devices > Mobile Devices > Manage Devices dan benarkan PC mengakses telefon Android.

Sekiranya telah tersedia, pengguna akan melihat togol untuk menunjukkan telefon dalam File Explorer. Jika sebaliknya, bermakna keupayaan itu belum lagi dilancarkan kepada anda.

Perlu diketahui, apabila memadam fail telefon melalui PC, ia dipindahkan ke folder Recycle Bin dalam peranti. Bagaimanapun, buat masa ini fail yang dipadam hanya kekal dalam Recycle Bin selama 5 hari, walaupun dialog menunjukkan 30 hari.

Microsoft berkata kemas kini sedang dibuat untuk memastikan pemadaman automatik selepas 30 hari, serta lain-lain isu. Untuk butiran lanjut mengenainya, layari laman rasmi Windows Insider.

Berkaitan

  • Cara Salin Teks Dari Gambar Di Windows, Juga Akan Tersedia Di Aplikasi 'Phone Link'
  • Ini Sebab Wujudnya "Screensaver Terbaik Sepanjang Zaman" Ini Pada WindowsOS

Sumber: Blog Windows Insiders

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY