Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-29T161146.832

Cara Salin Teks Dari Gambar Di Windows, Juga Akan Tersedia Di Aplikasi ‘Phone Link’

Diterbitkan Mei 29, 2024 oleh Muhd Idham

Sebagai seorang pelajar mahupun seorang penulis, menyalin teks daripada gambar adalah perkara yang paling dinantikan kerana ia adalah satu kemudahan yang sangat membantu dalam penulisan.

Di sini, saya akan tunjukkan kepada anda cara-caranya.

Pertama sekali, buka aplikasi Snipping Tool sama ada secara manual ataupun kekunci pintas, butang Windows+Shift+S.

Kemudian, tangkap layar mana-mana gambar daripada WhatsApp Web, Google Images dan lain-lain yang mempunyai tulisan teks ataupun tulisan tangan.

Pilih ‘Text Action’ di bar navigasi, tunggu sebentar sementara gambar dianalisis dan menegaskan (highlight) teks mana yang anda mahu.

Screenshot 2024-05-29 154957
Screenshot 2024-05-29 155146
Screenshot 2024-05-29 155246

Akhir sekali, “Ctrl+V” ataupun “klik kanan+Paste” di mana-mana platform penulisan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Lebih 75 Permainan Ditawarkan, Playables Kini Tersedia Di YouTube
  • Fujifilm GFX100S II Dilancar - Sensor 102MP, Harga RM26,888
  • Lensa FUJINON XF16-50mm Rasmi Di Malaysia, Ringan Dan Versatil

Namun, selepas ini ada cara lebih mudah yang mana menerusi versi terbaru untuk aplikasi Microsoft Phone Link juga telah diterapkan ciri ini secara berperingkat bagi kemudahan para pengguna.

Untuk pengetahuan anda, Phone Link merupakan kaedah perkongsian fail atau dokumen antara peranti PC yang menggunakan sistem operasi Windows 10 ke atas dengan telefon pintar jenis Android mahupun iPhone.

Syarat lainnya, rangkaian internet bagi kedua-dua peranti mestilah sama dan peranti telefon pintar itu perlu memuat turun aplikasi ‘Link to Windows’.

Screenshot 2024-05-29 150426
Foto: Verge

Berdasarkan laporan daripada pihak Verge yang telah mencuba ciri Phone Link versi 1.24051.91.0 ini, mereka lebih menyarankan pengguna untuk menyalin teks daripada telefon terlebih dahulu lalu menghantarnya ke peranti PC.

Hal ini kerana terdapat banyak ralat dalam mengesan perkataan dan huruf walaupun ditulis dengan jenis tulisan dalam komputer.

Rujukan: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY