Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wiko Lancar Fon Telinga TWS, WiSHAKE Extra Pada Harga RM199

Wiko Lancar Fon Telinga TWS, WiSHAKE Extra Pada Harga RM199

Diterbitkan Ogos 25, 2020 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, Wiko telah memperkenalkan Wiko Y61 XL dalam siri Wiko Y. Terkini, Wiko hadir dengan penawaran fon telinga TWS terbaru, WiSHAKE Extra dalam pasaran tempatan.

Wiko Lancar Fon Telinga TWS, WiSHAKE Extra Pada Harga RM199

Fon telinga ini didatangkan dengan pod pengecasan bersama klip pengecasan. Spesifikasi yang dimuatkan pada WiSHAKE Extra adalah termasuk sambungan Bluetooth 5.0 yang boleh disesuaikan untuk peranti Android dan iOS serta boleh digunakan pada jarak sehingga 10 meter. Fon telinga ini turut hadir dengan sokongan penarafan IPX4 kalis percikan.

https://www.youtube.com/watch?v=uMbQTXASz2s&feature=emb_title

Dari segi janaan kuasa, ia mampu bertahan sehingga 20 jam bagi penggunaan bersama pod pengecasan. Bagi penggunaan fon telinga sahaja, ia boleh bertahan sehingga 5 jam bagi satu pengecasan penuh. Tambahan 4 jam untuk penggunaan bersama klip pengecasan. Pengecasan bagi fon telinga ini mengambil masa sekitar 35minit menerusi port pengecasan USB-C.

Ia hadir dengan pilihan warna putih dan ditawarkan pada harga RM199. Pembelian fon telinga WiSHAKE Extra boleh dilakukan menerusi Lazada atau Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY