Beliau berkata kawasan rehat dan rawat pertama yang dijangka dilengkapi wifi percuma ialah Seremban arah selatan pada awal 2020.
“Pada masa ini proses tendering sedang dilakukan dan kemudahan wifi percuma adalah selaras dengan proses naik taraf kawasan rehat dan rawat PLUS,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persimpangan bertingkat Bandar Serenia di sini oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian hari ini.
Menurut Azman, pada masa ini terdapat 24 kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya PLUS di kedua-dua arah.
Sementara itu, Baru dalam ucapannya menegur syarikat konsesi lebuh raya supaya mengambil tindakan serius dalam aspek penyelenggaraan.
“Matlamat menjadikan lebuh raya Malaysia bertaraf dunia hendaklah merangkumi semua elemen pengurusan dan kejuruteraan termasuklah penyelenggaraan,” katanya.
Baru berkata kerja-kerja penyelenggaraan tidak hanya terhad kepada turapan jalan tetapi merangkumi aset-aset lain seperti cerun, sistem perparitan, aspek mekanikal dan eletrikal, bangunan, landskap, peralatan keselamatan, papan tanda dan lampu jalan.
Beliau berkata penggunaan elemen Revolusi Industri 4.0 dalam menangani kesesakan di lebuh raya perlu ditingkatkan kerana kesesakan yang berlaku tanpa diketahui punca adalah perkara yang tidak boleh diterima.
Sumber : BERNAMA
Berkaitan
- Ujian Beta PUBG Lite Sudah Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Malaysia
- Vivo Malaysia Beri Gambaran V15 & Vivo V15 Pro Bakal Tiba Ke Pasaran Tempatan Bulan Ini
- Gambar Tertiris Huawei P10 Sudah Mula Tersebar Di Internet
- Honor 10 Lite Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada 9 Januari Ini
- Huawei Malaysia Umum Harga Rasmi Bagi Siri Mate 20 & Jam Pintar
- "Turunkan Harga Perkhidmatan Internet Sebelum 31 Ogos, Atau Bakal Dikenakan Tindakan" - Menteri Komunikasi & Multimedia
- Presiden Honor Global Sampaikan Penghargaan Tidak Terhingga Kepada Peminat Di Malaysia
- Samsung Pay Akhirnya Hadir ke Malaysia Selepas Hampir 2 Tahun Dilancarkan
- Fungsi Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia
- Vivo Malaysia Bekerjasama Dengan Dahmakan, Beri Diskaun 25% Untuk Pesanan Pertama