Menurut sumber dari laman web Weibo beberapa hari yang lalu, peranti itu memperlihatkan persamaan dengan bentuk rekaan Huawei P9 cuma yang berbeza adalah penambahan sensor cap jari di bahagian muka depan. Hari ini, tertiris lagi satu gambar yang didakwa sebagai telefon P10 atau P10 Plus. Namun anda dapat perhatikan sensor cap jari terletak di bahagian belakang cuma yang berbeza adalah bentuknya yang sedikit berlainan berbanding siri P9.
Lampu flash LED juga dilihat berlainan. Ianya berbentuk bulat. Jika tidak, ianya seakan-akan menyerupai rekaan P9. Jenama Leica, dan kedudukan dwi-kamera juga adalah sama berbanding sebelum ini. Tiada lagi laporan atau khabar angin tentang spesifikasi P10 setakat ini. Walaupun begitu, ianya dijangka akan dibina dengan cipset HiSilicon Kirin 960, 6GB RAM dan storan 256GB. Ianya juga mungkin memiliki paparan skrin 5.5 inci QHD bersama Android Nougat dan EMUI dari Huawei. Kamera pula adalah ciri yang paling menarik perhatian tentang peranti ini dan pihak kami masih belum dapat mengesahkan spesifikasi kamera peranti ini. Sama-sama kita nantikan.
Berkaitan
- Ujian Beta 9.2.28 MIUI 10 Bawa Fungsi Terbaru "Game Booster"
- Huawei Mate 20, Padu Ke?
- Samsung Galaxy S10 Didakwa Boleh Menjadi Dek Pengecasan Tanpa Wayar
- Apa Yang Mungkin Korang Tak Tahu Tentang Youtube
- YouTube Tidak Lagi Benarkan Kandungan Berkenaan Cabaran Merbahaya & Prank Di Platform Mereka
- Signify Memperkenalkan LiFi - Teknologi Jalur Lebar Masa Depan
- Rebut Peluang Miliki realme 2 Pro 128GB Pada Harga RM799 27 April Ini
- Radin Era Buat Review, Bakal Join Wiser?
- Hasilkan Sistem Kod QR Sendiri, Cara Peniaga Kecil & Sederhana Cegah COVID-19
- AT&T Kini Sedang Menguji Keupayaan Drone Mereka