Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-02-07 at 4.48.09 PM

Vivo Malaysia Beri Gambaran V15 & Vivo V15 Pro Bakal Tiba Ke Pasaran Tempatan Bulan Ini

Diterbitkan Februari 7, 2019 · Dikemas kini Februari 7, 2019 oleh Haikel Areff

Vivo dilaporkan akan memperkenalkan model baharu mereka, V15 dan V15 Pro di pasaran India pada 20 Februari ini.

Bagi peminat Vivo tempatan, anda mungkin tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan peranti berkenaan.

Ini kerana ia digambarkan bakal tiba ke Malaysia, juga pada bulan ini menerusi satu kiriman video di Facebook Vivo Malaysia sebentar tadi.

Peranti ini akan hadir dengan sistem kamera periskop yang menyerupai model vivo NEX edisi pertama dahulu. Namun, ia dilengkapi dengan sensor yang lebih baik iaitu 32MP.

Bagaimanapun, terdapat laporan mengatakan ia sebenarnya berfungsi secara pixel binning (4 X 1) yang mana akan memberikan anda kualiti swafoto 8MP pada sesetengah masa.

Dari segi kamera utama pula, ia dikatakan akan hadir dengan gabungan tri-lensa 48MP+8MP+5MP. Vivo V15 Pro ini turut dilaporkan akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 675 terbaru.

Akan tetapi spesifikasi itu masih lagi belum mendapat pengesahan daripada pihak Vivo sendiri setakat ini.

Selain Vivo V15 Pro, sebuah model asas iaitu Vivo V15 juga akan dilancarkan pada hari yang sama namun tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasinya yang berjaya diperolehi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, anda boleh ikuti laman rasmi vivo Malaysia di Facebook.

 

Sumber: Vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY