Atas alasan itu, Presiden Honor Global, George Zhao Ming dalam satu sidang media semasa melawat negara ini menyatakan penghargaan tidak terhingga beliau kepada peminat Honor di Malaysia.
Menurut beliau, antara perkara yang paling diingati dan menyentuh hati beliau ialah apabila seorang peminat Honor tempatan, Wira Hidayat menghadiahkannya sebuah hiasan buatan tangan yang mengandungi Honor 3C yang tersimpan dalam bingkai kayu semasa pelancaran Honor 10 pada Mei lalu.
Mungkin pada kebanyakan daripada kita peranti Honor 3C itu adalah biasa, namun tidak bagi Honor Malaysia dan para peminat mereka. Mana tidaknya, ia adalah peranti pertama Honor yang menembusi pasaran Malaysia.
Tidak cukup dengan kata-kata, George telah menghadiahkan hadiah kepada Wira beserta dengan surat penghargaan bagi membalas semula penghargaan yang diberikan sebelum beliau meninggalkan Kuala Lumpur.
Wira telah pun berkongsi gambar hadiah dan surat tersebut di akaun Facebook-nya beberapa hari lepas.
Dalam pada itu, Honor berharap akan dapat terus membangun bagi mencapai sasaran mereka untuk menjadi 5 Jenama Telefon Pintar Terbaik pada tahun 2020 seterusnya menjadi 3 Jenama Telefon Pintar Terbaik dalam masa lima tahun mendatang.
Sumber: Honor Malaysia
Berkaitan
- Malaysia Mungkin Bakal Anjur Piala Dunia Mobile Legends Tahun Hadapan
- Pasangan Pengantin Viral Bakal Terima Hadiah Perkahwinan Daripada Honor Malaysia
- Honor Malaysia Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM 298 Dengan Setiap Pembelian Honor 10 Bermula Hari Ini
- Konsert HaVOOC – OPPO Malaysia Raikan Ketibaan OPPO F9 Bersama TV3
- Model Telefon Black Shark Rasmi Malaysia Boleh Mula Dipra-Tempah
- MyRepublic GAMER Arena Buka Penyertaan Kepada Gamers Malaysia, Indonesia Dan Thailand
- Xiaomi Umum Pelancaran Peranti Mi 8 Di Malaysia, Dijual Dengan Harga Tidak Masuk Akal
- Honor Magic 2 - Telefon Boleh-Luncur Buat Kemunculan Semula di IFA 2018
- Perbezaan Antara ROG Phone 2 Versi Malaysia Dan China (Edisi Tencent)
- Honor Magic 2 Dengan Skrin Meluncur Akan Dilancarkan 26 Oktober Ini