Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ujian Beta PUBG Lite Sudah Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Malaysia

Ujian Beta PUBG Lite Sudah Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Malaysia

Diterbitkan Februari 14, 2019 ยท Dikemas kini Februari 14, 2019 oleh Haikel Areff

Beberapa minggu yang lepas, kami ada melaporkan mengenai ujian beta bagi permainan video PUBG Lite yang mula tersedia bagi pemain tempatan.

Terbaru, permainan tersebut kini sudah dimuat-turun oleh pemain di Malaysia. Sebagai peringatan semula, berikut adalah spesifikasi minimum untuk memainkan permainan ini:

  • Sistem Operasi: Windows 7/ 8/ 10, 64-bit
  • CPU: Core i3 2.4GHz
  • RAM: 4GB
  • GPU: Intel HD Graphics 4000
  • HDD: 4GB

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, anda perlu mendaftar akaun melalui pautan ini terlebih dahulu, atau perlu memiliki akaun Garena.

Selepas mendaftar, anda boleh memuat-turun PUBG Lite secara terus melalui laman sesawang rasmi mereka atau melalui platform Garena. Selamat memuat-turun!

*Ketika artikel ini ditulis, pengguna Malaysia hanya boleh memuat-turun dan memasang PUBG Lite tetapi masih belum boleh dimainkan lagi kerana server masih belum diaktifkan.

Sumber: PUBG Lite

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY