Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG 1

Vivo Malaysia Bekerjasama Dengan Dahmakan, Beri Diskaun 25% Untuk Pesanan Pertama

Diterbitkan Disember 30, 2019 oleh Haikel Areff

Vivo Malaysia mengembangkan sayapnya apabila kini berkolaborasi dengan sebuah syarikat pengedaran makanan “dahmakan” bermula pada hari ini sehingga 31 Mac 2020. Menawarkan pelbagai hidangan yang berkhasiat, dahmakan terkenal dengan makanan yang dimasak sendiri oleh chefnya.

Dengan kerjasama ini, dahmakan akan menawarkan pelanggan dengan satu tawaran yang menarik sempena pelancaran terbaru Vivo S1 Pro. Model tumpuan tersebut membolehkan pelanggan dahmakan membeli makanan pada harga yang berpatutan dan merasakan sendiri pengalaman penghantaran makanan yang lancar.

Dalam pada masa yang sama, Vivo dan dahmakan merupakan dua jenama yang sangat popular dalam kalangan pengguna muda, menjadikan kolaborasi ini sangat bertepatan dengan promosi yang ditawarkan.

Kepada semua pelanggan yang ingin mengaktifkan promosi ini, dan buat pengguna kali pertama dahmakan, anda boleh menggunakan kod promo “VIVO25” untuk menikmati 25% diskaun melalui pesanan dibuat.

Manakala, buat pengguna sedia ada pula, anda boleh menggunakan kod “VIVO5” bagi menikmati potongan RM5 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30.

Jadi, untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai dahmakan, boleh layari laman rasmi mereka di dahmakan.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
©2026 WISER.MY