Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CACAR MONYET

WHO Cadangkan Nama Baru Untuk Penyakit Cacar Monyet

Diterbitkan November 29, 2022 · Dikemas kini November 29, 2022 oleh ariff bukhari

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mencadangkan penggunaan nama baru utnk penyakit cacar monyet.

Jika sebelum ini penyakit itu dipanggil sebagai monkeypox, tetapi ia dipendekkan kepada mpox.

“Selepas beberapa siri rundingan dengan pakar global, WHO akan mula menggunakan istilah baharu “mpox” sebagai sinonim untuk monkeypox. Kedua-dua nama akan digunakan secara serentak selama satu tahun sementara “monkeypox” ditamatkan secara berperingkat.” WHO.

Berkaitan

  • Salah Satu 'Challenge' Di TikTok Telah Dieksploitasi Untuk Memasang Perisian Hasad
  • Asus ExpertBook B9, 'Laptop' 14 Inci Yang Paling Ringan Buat Masa Ini
  • Ini Senarai 11 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Untuk iPhone, iPad, Apple TV, Apple Watch Dan Mac 2022

Nama cacar monyet mula diberi pada tahun 1970 selepas virus yang menyebabkan penyakit itu ditemui pada monyet kurungan pada tahun 1958 dahulu.

WHO menjelaskan, nama penyakit yang baharu harus diberikan dengan tujuan untuk meminimumkan kesan negatif yang tidak perlu daripada nama terhadap perdagangan, perjalanan, pelancongan atau kebajikan haiwan, dan mengelakkan daripada menyebabkan kesalahan kepada mana-mana kumpulan budaya, sosial, kebangsaan, wilayah, profesional atau etnik.

Pihak yang bertanggungjawab menamakan virus adalah di bawah Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Taksonomi Virus (ICTV).

Beberapa buah negara di dunia ketika ini sedang dilanda penyakit cacar monyet termasuklah Thailand, Ecuador, Chile, Amerika Syarikat, Jerman dan New Zealand.

Sumber: WHO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY