Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asus Expertbook B9

Asus ExpertBook B9, ‘Laptop’ 14 Inci Yang Paling Ringan Buat Masa Ini

Diterbitkan November 29, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Asus telah melancarkan komputer riba flagship yang baharu di mana beratnya hanya seberat 1.94 pound (0.87kg).

Syarikat ini menyatakan bahawa peranti berkenaan, iaitu ExpertBook B9 merupakan komputer riba berukuran 14 inci yang paling ringan setakat ini.

Reka bentuk komputer ini dikhuskan khas untuk  mana-mana eksekutif mahupun profesional. Berat peranti berkenaan tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk dibawanya ke mana-mana sahaja.

Ketahanannya yang bagus menampakkan usaha yang paling berkesan oleh Asus untuk menghasilkan komputer riba yang boleh diharap serta serba boleh.

The front and back of the ExpertBook B9.

Asus ExpertBook B9 mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama serta reka bentuknya yang anggun.

Komputer riba ini untuk seluruh industri, eksekutif mahupun pemilik perniagaan yang seringkali membawa ‘kerja’ mereka di mana-mana sahaja.

Ciri teknologi yang dinaik taraf memberikan prestasi lebih bagus serta keselamatan gred-enterprise untuk menyimpan data-data sulit dengan selamat.

Terdapat dua jenis model yang tersedia buat masa ini iaitu 9450CBA-XVE75 dan B9450CBA-XVE77. Kedua-dua model ini mempunyai paparan slim-bezel 14-inch 400 nits FHD NanoEdge.

Komputer riba ini juga dilengkapi dengan casis magnesium alloy yang beratnya sekitar 880g, Intel Core i7-1255U serta grafik Intel Iris Xe. Selain itu juga, model tersebut menyokong USB 3.2 Type-A Gen 2, dua Thunderbolt 4 port, HDMI, Bluetooth 5.2, dan Wi-Fi 6E.

Dari segi keselamatan, Asus Expertbook B9 menawarkan pengesanan cap jari, cip TPM 2.0, Kensington Lock dan pelindung kamera.

Perbezaan antara dua model ini adalah XVE77 datang 32GB RAM LPDDR5 dan storan sebanyak 2TB SSD.

Asus ExpertBook B9 sustainable packaging modes.

Tambahan pula, Asus Expertbook B9 mempunyai penarafan Energy Star 8.0 dan sijil kecekapan kuasa daripada EPEAT Gold. Dengan adanya dua ciri ini, bateri yang terkandung didalamnya mempunyai jangka hayat selama 16 jam.

Berkaitan

  • Salah Satu 'Challenge' Di TikTok Telah Dieksploitasi Untuk Memasang Perisian Hasad
  • Syarikat Penerbangan Eropah Bakal Tersedia Dengan Rangkaian 5G
  • Projek 'Highland' Tesla Dijalankan, Kos Penghasilan Jauh Lebih Rendah
  • MOF: Informasi Mengenai Empat Bantuan Kewangan Ini Adalah Palsu
  • Sony Dilihat Beri Gambaran Tarikh Pelancaran PlayStation 6

Bekas pembungkusan komputer riba tersebut boleh dikitar semula sepenuhnya dan boleh bertukar menjadi laptop stand jika perlu.

Harga yang ditawarkan bagi kedua-dua model Asus Expertbook B9 adalah dari ~RM 8,595 dan ~RM 6,299.

Beli komputer riba Asus di – https://shope.ee/3VAcNeYKNG

Sumber: Digital Trends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY