Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

Pengguna WhatsApp Versi iOS Kelak Akan Terima Nasib Sama Seperti Android

Diterbitkan Jun 13, 2024 · Dikemas kini Jun 13, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp pada Mac telah melancarkan ciri yang menghalang keupayaan pengguna Android untuk melakukan tangkap layar pada gambar profil pengguna lain. Kini, nampaknya ciri yang sama mula diuji pada peranti iOS.

Berkaitan

  • WhatsApp Versi Android Mula Sekat 'Screenshot' Gambar Profil
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Akhirnya, Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri Paling Ditunggu-Tunggu
  • Pembangunan Chatbot Dalam WhatsApp Di Fasa Akhir - Fahmi Fadzil

Seperti dikongsi oleh WABetaInfo, pengguna iOS kelak tidak lagi boleh melakukan tangkap layar gambar profil pengguna lain kerana tindakan ini akan disekat.

block screenshot whatsapp iOS

Sama seperti WhatsApp versi Android, ciri ini menawarkan lapisan privasi tambahan kepada pengguna serta dapat mengurangkan risiko perkongsian tanpa kebenaran dan penyalahgunaan imej peribadi orang lain.

Walaupun diketahui terdapat cara lain untuk menangkap atau menyimpan imej berkenaan, tetapi sekurang-kurangnya ciri sekatan tangkap layar dalam aplikasi akan menghalang perkongsian gambar profil tanpa kebenaran dengan ketara.

Ciri ini telah pun tersedia untuk penguji beta yang memasang WhatsApp beta untuk iOS dan dijangka akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu lagi.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY