Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Gambar, Video HD Secara Automatik

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Gambar, Video HD Secara Automatik

Diterbitkan Mac 27, 2024 · Dikemas kini Jun 14, 2024 oleh Amalina Athman

Ketika ini, pengguna sudah pun mempunyai pilihan untuk menghantar gambar dan video dalam kualiti HD. Namun, adakalanya agak melecehkan apabila terpaksa menekan butang ‘HD’ secara manual, setiap kali sebelum menghantarnya.

Terbaharu, WhatsApp nampaknya sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna memilih kualiti muat naik media secara default melalui tetapan.

Berkaitan

  • Selepas Gambar, Kini WhatsApp Sokong Muat Naik Video Dalam HD Pula
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Gambar, Video 'HD' Di Status
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Bermakna, pengguna hanya perlu menetapkan sekali sahaja pilihan kualiti muat naik kandungan media. Setelah itu, setiap foto atau video akan dimuat naik dalam kualiti HD secara default, tanpa perlu menekan butang HD secara manual.

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Gambar, Video HD Secara Automatik

Namun begitu, perlu diketahui kualiti HD bukanlah kualiti asal 100%. Sebaliknya, pengguna perlu menghantar gambar dan video sebagai dokumen untuk mengekalkan kualiti asal kandungan.

WhatsApp sebelum ini telah pun memperkenalkan ciri yang sudah lama ditawarkan untuk peranti Android, iaitu memudahkan pengguna iPhone menghantar kandungan media sebagai dokumen – menyokong fail sehingga 2GB.

Berbalik kepada konteks, ciri tetapan kualiti media ketika ini hanya tersedia untuk sebilangan penguji yang memasang WhatsApp beta untuk Android dengan versi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Gambar utama: LiveUnict

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY