Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

WhatsApp Sertakan Ciri FaceID Dan Touch ID Untuk Pengguna iPhone

Posted on Februari 4, 2019

Menambahbaik ciri keselamatan sedia ada, WhatsApp dilapor telah mula melepaskan kemaskini untuk fungsi Screen Lock pada peranti iPhone.

Melalui ciri ini, ia dapat menghindarkan individu lain dari mengakses perbualan WhatsApp kerana memerlukan pengesahan biometrik dari Face ID atau Touch ID.

Baca juga – WhatsApp Akan Guna Cap Jari Untuk Nyahkunci Aplikasi

Pengguna boleh mendapatkan ciri dengan cara mengemaskini WhatsApp versi 2.19.20 dari App Store. Tetapan boleh dibuat pada bahagian Setting > Account > Privacy > Screen Lock.

Bagi balasan mesej terus dari ruang notifikasi atau menjawab panggilan WhatsApp, pengguna tidak perlu melalui proses pengesahan ciri diatas.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress