WhatsApp Akan Guna Cap Jari Untuk Nyahkunci Aplikasi

WhatsApp kini sedang berada dalam fasa pembanguna satu ciri keselamatan bagi peranti Android. Ciri yang dimaksudkan adalah nyahkunci aplikasi menggunakan sensor cap jari yang tersedia ditelefon pintar pengguna.

Menggarap laporan daripada WABetaInfo, ruangan Privacy di tetapan aplikasi WhatsApp memperlihatkan satu menu pengesahan baru iaitu, Fingerprint. Apabila diaktifkan, pengguna perlu mengimbas cap jari untuk membuka aplikasi.



Ia hanya mengunci keseluruhan aplikasi dan bukan pada perbualan yang tertentu. Ciri pengesahan cap jari ini masih lagi dalam fasa pembangunan, dan bakal ditawarkan kelak. Difahamkan ia akan berkhidmat untuk peranti yang mempunyai sensor cap jari serta menjalankan Android Marshmallow keatas.

Bagi iOS pula, ia akan menggunakan fungsi FaceID dan TouchID yang mana pembangunannya dibuat lebih awal lagi.



Sumber: WABetaInfo