Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Bangunkan Ciri Perlindungan Alamat IP Untuk Panggilan

WhatsApp Bangunkan Ciri Perlindungan Alamat IP Untuk Panggilan

Diterbitkan Ogos 30, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp pada Jun lalu telah memperkenal ciri privasi yang membolehkan pengguna senyapkan panggilan nombor tidak dikenali. Kini, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri panggilan yang lebih selamat, dengan membolehkan pengguna melindungi alamat IP (IP address).

Berkaitan

  • Ini Antara Ciri Baharu Yang Sudah Tersedia Di WhatsApp
  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Selepas Gambar, Kini WhatsApp Sokong Muat Naik Video Dalam HD Pula

Melalui perkongsian WABetaInfo, WhatsApp menguji ciri privasi baharu di bahagian tetapan panggilan. Secara khususnya, pilihan baharu ini berfungsi seperti ciri penyampaian privasi untuk panggilan, yang menjadikan pemanggil atau penerima panggilan sukar untuk mengagak lokasi pengguna.

WhatsApp Bangunkan Ciri Perlindungan Alamat IP Untuk Panggilan

Walau bagaimanapun, memandangkan pelayan WhatsApp akan menyampaikan sambungan dengan selamat semasa membuat panggilan, kualiti panggilan mungkin akan terjejas sedikit apabila pilihan privasi ini diaktifkan.

Dengan ciri ini kelak, ia memberikan lapisan perlindungan tambahan terhadap sebarang kemungkinan percubaan untuk menjejak lokasi pengguna berdasarkan data panggilan. Ciri perlindungan ini juga menjadikannya lebih rumit bagi sesiapa sahaja untuk mengagak lokasi tepat pengguna.

Buat masa ini, ia masih dalam pembangunan dan dijangka akan tersedia untuk kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY