Selepas 2 minggu WhatsApp mengetatkan jumlah mesej yang boleh dimajukan kepada orang lain.
Pada awal bulan April lalu, WhatsApp telah perkenalkan ciri yang hanya membenarkan sesuatu mesej dimajukan kepada seorang pengguna lain sahaja.
Ia adalah bagi menyekat penyebaran berita-berita palsu daripada ditularkan kepada pengguna lain.
Hasil daripada ciri baru itu, pihak WhatsApp mendakwa, hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja selapas ciri itu diperkenalkan, mereka telah berjaya menurunkan sehingga 70% mesej tular.
WhatsApp mengkategorikan, sesuatu mesej yang dikongsikan lebih daripada 5 kali kepada pihak lain sebagai mesej tular. Lalu menyekat mesej itu daripada terus dikongsikan penggunanya.
"WhatsApp is committed to doing our part to tackle viral messages. We recently introduced a limit to sharing “highly forwarded messages” to just one chat. Since putting into place this new limit, globally there has been a 70% reduction in the number of highly forwarded messages sent on WhatsApp. This change is helping keep WhatsApp a place for personal and private conversations." WhatsApp.
WhatsApp kini dalam usaha meningkatkan lagi keupayaan platfom sembang sosial mereka.
Salah satu ciri baru yang amat ditunggu pengguna adalah sokongan membuat panggilan video berkumpulan lebih daripada 4 orang pengguna serentak.
Ciri tersebut dijangka akan ditawarkan kepada pengguna menerusi kemas kini akan datang tidak lama lagi.
Sumber: Business Standard
Berkaitan
- Aplikasi WhatsApp Tidak Rasmi Ini Didapati Memasang Pelbagai Trojan Berbeza Ke Dalam Peranti Pintar
- WhatsApp Menjadi Aplikasi Bukan Dari Google Kedua Melepasi Angka 5 Bilion Dipasang Ke Dalam Peranti Pintar
- Cara Sembunyikan Mesej WhatsApp Supaya Tiada Orang Lain Tahu Kewujudan Perbualan Atau Grup Rahsia WhatsApp Anda
- Megafon - Bukan WhatsApp Tapi Telegram Kini Paling Popular Di Russia
- Semak 6 Tetapan WhatsApp Yang Dapat Meningkatkan Keselamatan Data Dan Privasi Anda
- WhatsApp Menguji Ciri Mesej Menghilang Terbaru Pula
- Jom Cuba 5 Pelekat Animasi Terbaru WhatsApp Dan Lihat Kod QR WhatsApp Anda
- 5 Ciri Baru WhatsApp Yang Dijangka Akan Tiba Tidak Lama Lagi
- Waspada Mesej Palsu Berkenaan Permohonan i-Sinar Yang Tular Di WhatsApp
- WhatsApp Bangunkan Ciri Keselamatan Baru Untuk Versi 'Desktop'