Cara Sembunyikan Mesej WhatsApp Supaya Tiada Orang Lain Tahu Kewujudan Perbualan Atau Grup Rahsia WhatsApp Anda

Anda tidak perlukan aplikasi pihak ketiga untuk tips ini.


Dalam perbualan aplikasi sembang WhatsApp anda, mungkin ada mengandungi perihal sembang peribadi yang mungkin anda tidak mahu orang lain melihat mesej-mesej tersebut.

Atau mungkin juga anda tidak mahu orang lain tahu kewujudan grup sembang WhatsApp rahsia di antara rakan-rakan anda yang lain.

Jadi di sini dikongsikan cara menyembunyikan sembang WhatsApp individu ataupun grup untuk pengguna peranti iOS dan Android.

Cara sembunyikan sembang WhatsApp individu dan grup untuk pengguna telefon pintar iPhone.


1. Pilih perbualan dengan individu atau grup yang anda mahu sembunyikan.

2. Kemudian seret (swipe) ke kiri bagi memaparkan pilihan butang More dan Exit. Tap pada butang More.

3. Seterusnya akan keluar pilihan butang Mute, Archive, Group Info dan Cancel. Di sini tap pada Archive.



 

Sebaik sahaja anda tap pada Archive, anda akan dapati nama individu atau grup WhatsApp yang ada dalam senarai WhatsApp sebelum ini kini tidak lagi dipaparkan.

Ia tidak hilang atau terpadam. Sebaliknya ia disembunyikan. Jadi, tiada orang lain tahu wujudnya perbualan anda dengan individu atau kewujudan sesebuah grup rahsia dalam aplikasi WhatsApp anda.

Untuk melihat nama individu atau grup yang disembunyikan itu pula bagi anda menghantar mesej, anda hanya perlu membuat carian kata kunci ke atas nama individu atau nama grup tersebut. (Dengan kata lain, hanya anda seorang sahaja yang tahu nama rahsia individu atau grup itu).

Nama individu atau grup yang siembunyikan tadi akan dilabel sebagai ARCHIVED.

Kembali paparkan semula nama individu atau grup yang disembunyikan tadi untuk pengguna iPhone.


1. Tetapi sekiranya anda ingin kembalikan semula nama individu atau grup itu supaya tersenarai dipaparkan dalam sembang WhatsApp anda, taip saja kata kunci nama individu atau grup tadi diruang Carian (Search).

2. Kemudian, pilih nama individu atau grup yang disembunyikan tadi.

3. Seret ke kiri (swipe) dan akan dipaparkan pilihan butang More dan Unarchive. Jadi, tap pada Unarchive.



 

Kini nama individu atau grup yang disembunyikan tadi telah kembali tersenarai dipaparkan dalam aplikasi WhatsApp anda.

Cara sembunyikan sembang WhatsApp individu dan grup untuk pengguna peranti pintar Android.


Pengguna WhatsApp di platfom Android juga boleh melakukan perkara yang sama. Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Tap lama pada nama individu atau grup yang anda mahu sembunyikan dari tersenarai di dalam aplikasi WhatsApp.

Kapsyen: Anda boleh pilih beberapa nama individu atau grup yang ingin disembunyikan sekaligus.


2. Kemudian tap pada ikon archive dipaparkan seperti rajah di atas.

3. Sebaik sahaja anda tap pada ikon archive ituanda akan dapati nama individu atau nama grup WhatsApp yang ada dalam senarai WhatsApp sebelum ini kini tidak lagi dipaparkan.

Kembalikan semula nama individu atau grup yang disembunyikan tadi untuk pengguna Android.


1. Buat carian nama individu atau grup yang disembunyikan tadi.

2. Tap lama pada nama tersebut bagi memaparkan pilihan kotak dialog seperti rajah di bawah.



3. Tap pada Unarchive chat.

Selesai, selamat mencuba.